.:Besh People:.

31 August 2015

Bersawang !!!

Salam...Lamanya la hai tak berblog. ni semua angkara lupa password. hehe
insyallah akan kembali aktif. banyak nak dikongsi dalam masa 3 tahun ni.

3 tahun bersawang dah. Maap !

26 September 2012

Kat mana nak dapat Fridge Magnet Negara Murah?

Salam..
sorry kawan2. lame menyepi. busy. ni free sket blh la update. saya lupa sepatutnya share dengan kawan2 kat mane nak dapatkan fridge magnet dari macam2 negara murah. kat post ni saya share semua nya ye. sorry lambat. enjoy.. :)

1.Three Ten Collections or search kat mudah.my (type je fridge magnet)
FM : Switzerland, London, New York, Canada, New Zealand, Barcelona, Australia
Harga : RM4-RM10

Kedai : Lot 72a(13) Amber Business Plaza 2, Jalan Jelawat 1, Bandar Tun Razak.
p/s : betul2 kat sebelah LRT cheras.

2. Fridge Magnet Handicraft Work
FM : macam2 negara, just name it
Harga : RM12-RM22
p/s: but its not original from overseas la. Sbb amoi ni buat sendiri. buatan malaysia. :)


3. S&J Gift Shop
FM : Paris, London, New York, Japan, India, Holland, Italy, & macam2 lagi
Harga : RM4.90-RM7.90

4. Kedai Craft Seri Timur, Central Market KL
FM : Malaysia
Harga : RM3


p/s: collection FM latest by August 2012. ni tak tambah FM Africa, Indonesia, Melaka, & Negeri Sembilan. Board ni pun mase ni tak d spray lg. btw, tq incik BF tolong cat kan ek.

p/s/s : kalau sy tau mane2 tempat murah lagi bakal di share. :)

17 July 2012

Pulau Pangkor Day 2

Salam semua..
saya masih lagi dalam mood cuti. hihi
arini plan tak pegi banyak tempat pun sebab nak gerak balik umah kat Ipoh.
Bangun pagi terus g sarapan kat kedai dekat dengan resort. breakfast murah la. still bawah RM3 lagi. lepas tu kitorang merempit jln2 ke pantai. sebab pencarian seashells semalam hampa. tapi pencarian hampa kali ke 2. uhuk2.. tak dapat la nak ber DIY dengan seashells. :-(


So, kitorang just jalan2 kat area pantai tangkap2 gambar. nak lepak lame2 pun tak best. sini pukul 10pg pun dah rase bahang macam tengahari. lame2 duk pangkor ni, makin hitam la kulit yang dah sedia hitam ni. hehe

Then, kami ke Kota Belanda. Unik. Batu bata yang jadi kubu ni masih lagi kukuh walaupun dah lama. banyak gak info2 sejarah tentang Kota Belanda kat sini. Sourvinir shop pun ade tp kuatkan iman dari membeli. pujuk hati semalam dah beli kan?


Around 11.30am, packing and siap sedia untuk check out dan pulang ke kampung halaman.

Penat. tapi overall Pulau Pangkor best. :)


16 July 2012

Pulau Pangkor Day 1

Salam,
sihat ke? aku bercuti di pangkor 2 hari 1 malam. pagi2 ari isnin dalam pukul 6:30pg dah gerak dari KL. Perjalanan makan masa 4jam sebab jammed sikit area sungai buloh dan berhenti breakfast kat RnR. Sampai kat Jeti Lumut around 10:30am. mostly kawasan sini parking berkupon. tapi memikirkan nak tinggal kereta lama, kitorang (me n bf) decide parking kat kawasan berbumbung. kira macam parking bertingkat la. sejam pertama free. next hour/s RM0.30. memang murah la.

Then, gerak ke jeti lumut. beli tiket feri. tiket pergi balik dalam RM10. kalau korang memang tak plan penginapan or transport kat pangkor, jangan risau kat kaunter tiket macam2 offer kakak ni bagi. sewa moto RM30 dan rate bilik pun ade. tapi memandang kan aku dah survey dan blogwalking aku rase sewa moto boleh dapat lagi murah dari tu. So, aku bo layan je offer kakak tu. bilik plak memang dah tempah siap kat kawan bf.

Feri pukul 11:15pg, dalam 25minit sampai. Feri ni berhenti 2 perhentian. So, jangan nak memandai turun kalau semua orang tak turun ok. Kalau tak jadi macam kitorang. hehe

Bagi orang yang tak tempat transport awal2, kalau korang kuar dari jeti pangkor, beratur orang offer sewa moto, package round2 pulau dan macam2 lagi. Aku terus pergi office dan kitorang dapat sewa moto sehari lebih dengan harga RM25. siap ada minyak lagi dalam moto tu. oh, ya cakap pasal minyak. kat pangkor mahal 15sen/seliter dari semenanjung.

Lepas dah dapat moto, kitaorang terus memecut ke Teluk Nipah sebab stay kat resort sana. jalan kat pangkor ni semua nya 10%. kalau tak biasa bawak baik turun dari moto dan tolak je. ni la yang terjadi kat kami waktu 1st naik. tapi bila dah kali ke 2 naik dah expert dah. :)

Sampai bilik, mandi, solat, rest,makan. then gerak ke Fu Lin Kung Temple. Kat sini ade miniature Tembok Besar China, ada ikan besar dan yang penting sekali fridge magnet, keychain dan souvenir2 lain kat sini paling murah kalau nak dibanding kan dekat tempat2 lain kat pangkor. aku rembat fridge magnet dan keychain untuk hadiah kat family dan sempat jugak merembat duit bf aku untuk fridge magnet. hehe. bukan selalu kan??
dah janji dgn uncle ni letak gambar dia dalam blog. :P

p/s : fridge magnet kecik dan keychain 7 RM10. kalau rubber fridge magnet 3 RM10.

Then, destinasi ke 2. Kami p kilang Satay Hai Seng Hen. Kat sini korang boleh beli borong ikan kering, ikan bilis, satay2, sotong.macam2 hasil laut yang dah diproses. aku beli sikit barang memandang kan kakak aku order dan ade jugak aku beli nak bagi family pak ndak dan family aku.


Destinasi ke 3, kami ke town. saje usha2 souvenir tapi. mahal. just jalan cuci mata je.


Next, kitorang pulang ke resort, solat asar sbb aku terlupa buat jamak, then g terjun ke laut. ombak sangat la kuat. tapi best. air jernih, pantai bersih. bersih sampai seashells pun takde. tak dapat kumpul banyak seashells. (T_T)

Di sebabkan hujan, malam kami just makan seafood kat area teluk nipah. makanan kat pangkor kalau nak compare dengan harga KL, kat pangkor lagi mahal. Kami order ikan kerapu bakar, udang 3 rasa n sayur campur. makanan sedap cuma harga agak mahal sikit la. tp perut bkeroncong ana, kami bedal tanpa banyak bicara. hehe :P

penat..kenyang..masa untuk tito dan kumpul tenaga untuk esok. gudnight.. :P


11 July 2012

Seashells Decorations

Salam.
Arini off day. lama meninggalkan blog. thats why macam2 nak update. nak jadikan cite, 2 minggu lepas aku balik umah kakak n abang ipar aku kat putrajaya. So, sembang punya sembang, abang ipar aku cakap kat Jalan Pasar KL ada jual fridge magnet macam2 negara.

Tapi bila aku sampai ceh, ada sayur, ikan.. memang pasar habis la. Disebabkan penat mencari n untuk tak menghampakan hati aku. Aku n bf g la berjalan2 kat deretan kedai2 kat situ. Ada la 1 kedai jual bekas2 kaca, plastik etc.

Then, aku pun sambarla 8 balang kaca kecik comei. satu rm1.30. tawar punya tawar dapatla RM1.20 satu. okla. tak sampai RM10. huhu

So, aku pun lancarkan DIY. aku asingkan seashells ikut pantai2 yang aku pernah pergi kat dalam balang ni. tapi tak habis decorate lagi.. nak ikat letak nama pantai kat luar balang tu..

DIY separuh siap.. hehe



sebenarnya idea datang dari sini. sila google search "seashells decorations" ye. banyak sangat options boleh pilih.


ok. hepi DIY kalian semua. :)


Wordless Wednesday