.:Besh People:.
31 August 2015
Bersawang !!!
insyallah akan kembali aktif. banyak nak dikongsi dalam masa 3 tahun ni.
3 tahun bersawang dah. Maap !
11 July 2012
06 July 2012
Africa mari..
Arini cuti.. Buat overtime. tapi bole sampai pukul 2 je. so, aku pun bosan nak balik rumah. lagipun takde siape pun kat rumah. Then, aku pun dari office terus merempit ke Amcorp Mall. usha2 fridge magnet macam2 negara. Aku tengok kat sini ada 3 kedai yang jual macam2 negara. tapi ada 1 kedai yang jual semua dari Africa. Barang2 Arfica. aku tengok Fridge Magnet macam unik je. aku pun berkenan gak. tapi harga RM25. fikir2 balik membazir. tapi orang yang jual tu cakap untuk aku dia bagi diskaun.
Aku cakap aku fikir dulu. So, aku jalan p kedai yang lagi 2 tu. tapi harga average RM18-RM29.90. Mahal. Aku just cuci2 mata jela. sebab aku order Fridge Magnet dari Russia & Spain baru satu RM5. hehe
Then, fikir punya fikir. last2 pergi balik kedai Africa tu then beli satu Fridge Magnet. dapat RM15 je. setelah mengunakan segala jurus2 tawar menawar dapat la kurang RM10 dari harga asal.
lupa pulak. yang icon2 iphone tu aku beli satu RM0.50 Semua ni boleh dapat kat Ground Floor Amcorp Mall, Petaling Jaya.
that's all update for today ! chiaow~
19 December 2011
Xmas celebration
rasenya aku tak pernah update aku kerja kat mane. lepas habis study aku dapat 2 offer. 1 engineer kat semenyih, 1 kerja call centre kat area Damansara. tapi sebab aku tak familliar dengan kawasan Semenyih, aku let go peluang tu. pilih kerja kat area Damansara. tapi rezeki aku bukan kat sana, dalam sebulan lebih aku kerja, aku tak dapat teruskan. but life must go on right? dengan bantuan trainer aku mase keje kat Damansara, dia suruh aku apply kerja kat Scicom. tempat husband dia kerja. Alhamdulillah aku dapt kerja sana. Sekarang ni dah dekat sebulan lebih aku kat sini. So far aku senang kerja kat sini. Ada juga orang tanya, ada degree tapi kerja macam ni. bagi aku tak salah kerja kat call centre. 1st thing kerja aku halal. 2nd thing aku tolong orang selesaikan masalah dorang. 3rd thing gaji not bad, 4th thing environment kerja, kawan2 even orang atas semua tak ada masalah. So, aku hepi dengan kerja sekarang ni. Ada juga aku apply government. tapi biasa la lambat lagi kot dorang nak process.
Oklah, panjang dah aku melalut. actually aku nak cite pasal tempat kerja aku. Setiap bulan kitorang akan ada makan2. (aiseh macammne nak kurus kan?)
Kalau ade perayaan pada bulan tu dorang celebrate sekali la. Untuk bulan ni Xmas. So, kitorang buat tukar2 hadiah. minimum Rm10. aku tak tau nk beli pe sebab tak tau siape yang bakal dapat hadiah aku, so, aku pikir2, aku beli pashmina. sebab tempat kerja aku ni sejuk. aircond melampau2. aku kena pakai 3 lapis baju kadang2. so, dengan adenye pashmina boleh gak reduce cket sejuk kan?
Ni pulak hadiah yang aku dapat. cawan yang comel dari crabtree & Evelyn. Aku tak tau siapa yang bagi. tapi cute. aku suke. !
Ni pulak hadiah dari company. Sijil 'prefect attandance'. alhamdulillah.
17 October 2011
08 October 2011
I Saved the date---
Place : Dewan Tunku Canselor University Malaya
VIP : Noor Shela Binti Mohd Noor
Degree : Bachelor of Science Mathematics (Computers & Industry)
01 October 2011
15 August 2011
Bersawang
lama giler tak update blog.. huhu
later ade mase i cite semua2 ek..
skrg tgh keje..
miss u guys!
alot~
24 May 2011
Pencuri Sengal !!!
selipar aku, 2 kasut abg ipar aku & 1 selipar cousin aku kena curik arini !!
Mood : Bertambah Bengang
Selipar tu aku baru je basuh kasi putih suci murni.. tak rasmi lagi selepas basuh.. selipar adidas aku yang dah hitam tak pulak ko amik ek??
Mood : Bersyukur
Nasib baik dia tak amik kasut sport nike, selipar adidas & heels2 & sandal2 yang lain.
p/s : Khas utk si pencuri--> selipar croc yang ko curik tu tiruan la !!
p/s : sure sok dah ade kat bundle kasut kitorang.. hmm, sabar je la.. :-(
09 May 2011
Oktober Menjadi Saksi...
membilang hari..
mengira tiap detik..
aku bakal tinggalkan bandar ini..
Pergi..
jauh dari kota metropolitan ini..
Enam tahun menabur bakti..
Enam tahun mengengam janji..
Pengalaman tidak terkira lagi..
Permandangan sudah ku terokai..
suka duka tawa menjadi sahabat sejati..
kawan-kawan yang sukar di cari ganti..
Ya.. aku bakal kembali..
kerana kini,
segala nya pasti..
harapanmu Bonda Ayahanda..
tak kan ku biar karat di hati..
Insyallah.. Oktober ini menjadi saksi...
Amin...
04 May 2011
Penganggur Terhormat
21 April 2011
BUbByE KL
sihat tak hari ni?? buat pe tu? makan? bak cket~
hmm.. saje pengepos entry pengubat rindu. mlm ni nak pulang ke kampung halaman. kat Ipoh. Sape orang ipoh cni? sila like.. :P
sebabnye aku maybe tak bawak balik laptop & broadband pulang bersame...
sebab bersebab
- aku nak fokus kat final exam untuk final semester & final year aku kat universiti yg terchinta ini. nak study kat umah. konon kan?
- laptop aku dah lembab sesanggat sebab suke2 aku je run2 program C++, matlab, minitab, SPSS, graphic bagai kat laptop.
- laptop ku juga dah sakit sebab gune pulun sangat semester ni untuk thesis. kira sini, type cni. cian die tau.. tak tau bile mau format.
- aku bakal bawak barang yang banyak sebab nanti pas exam nak challo dari umah sewa tu. so kalo bwk laptop makin berat la bende nak di gendong. betul tak..?
- aku balik jup je.. bagi korang mase rindu kat aku. haha~
p/s: nak resepi click kat link tu yer..
Bubbye KL.. :)
19 April 2011
Done with FYP !

15 April 2011
Present? [cuak ok]
Salamz semua.. teman sgt busy skrg. tp teman rase teman kene update blog. ate nye dah lame teman bior blog ni bersawang-sawang ala spiderman.. minggu depan 18/04 teman ade presentation Projek tahun akhir. cuak teman. teman riso teman nervous je nnt mase present. mule2 teman dpt present last. kalo last teman lg riso. nnt nervous teman melampo-lampo. teman pun tanye supervisor teman.. teman : boleh dok teman tuko dengan ain, teman nak present nombor tige?
Supervisor : ate boleh sangat ler. ain pun idok siap lagi.
teman sronok bebenor le. tapi teman takut juga. ate kome semua jangan lupe ler doakan teman dapat present elok-elok. idok gagap2. darah gemuruh teman ni kadang-kadang tak boleh nak pakat2. selalu benor kecewakan teman..
p/s: apasal teman dok cakap loghat perak? teman pas presentation nanti teman nak balik kampung teman. lame udah teman tak balik. kome jangan lupe doakan teman untuk Presentation senin pagi pukul 10.40 ek? teman berdebor-debor.. teman nak graduate sangat2! :)
26 March 2011
When you available to work?
Salam u olls..HapPy HaPpY HaPpy !
syukur sangat. sebab ape? ok2.. Sape tau BASF the chemical company? aku mula-mula zero gak. godek punye godek, goggle punye goggle, bawu la tau pasal company ni. hmm, mase hantar resume, drop-drop resume sane sini ko tak ingat kan shela oi.. haha.
alhamdulillah, petang semalam dapat call dari BASF company ni. lama gak sembang. gaya mcm dah kenal ke dgn si pemamggil. haha. yang best nye die tanya
" When you available to work? "
bukan "When you can come for an interview?" ok..
story punye story dgn org yang call aku ni, aku ckp after 3may 2011 bawu la aku boleh keje. sebab tu last paper aku. then die ckp ak nk terus keje ke relex dulu seminggu. aku pun ckp la, mak aku dah bising. so, kena blk kampung dulu. then a week after that bawu boleh start keje. So, die ckp akan call ak lg end of april. alhamdulillah lagi sekali.
FYI, BASF ni basicly pasal chemistry, tapi ade gak pasal research, development, engineering, bussiness and coperate function. dekat Malaysia je ade 9 branch. Selain Malaysia ade dekat Europe, Africa, Asia Pasific, North & South Africa. antara negara-negara lain yang terlibat Australia, Bangladesh, China, Hong Kong, India, Indonesia, Japan, New Zealand, Pakistan, Philippines, Singapore, South Korea, Sri Lanka, Taiwan, Thailand, Vietnam, Belgium, Germany, France, Netherlands,Belgium, Switzerland, Belarus, Kazakhstan, Russia, Ukraine, Denmark, Finland, Ireland, Norway, Sweden, UK, Algeria, Egypt, Iran, Morocco, South Africa, Tunisia, Turkey, United Arab Emirates, Austria, Bulgaria, Croatia, Czech Republic, Hungary, Poland, Romania, Serbia, Slovakia, Slovenia, Spain, many more.
Tapi kalau rezeki aku dapat company ni aku nak Malaysia je please~ :)
Interview Lagi
Salamz sume~Last Thursday aku g interview utk Company Berjaya Capitals Sdn Bhd. Position as Management Training for Borders bookstores. Interview di jalankan di Dewan Tunku Canselor (DTC) a.k.a Dewan Tak Cat, hehe kat UM. alhamdulillah. walaupun ditembak dek machine gun bpeluru soalan dr 2 interview, I manage to answer all the question. suke!
keluar dari bilik interview, aku shaking all over. haha. nasib baik tak shaking mase interview. kalo tak malu siot! mybe DTC ni sejuk + aku ni mmg jenis penakut kadang-kadang. :P
hmm, ok, kenapa boleh aku senang-senang je interview kat UM, tak payah susah-susah g company 2? sebabnya kat UM ni 22-23March lps ada Career Path. Banyak juga company-company besar yang join. So, sempat la aku drop-drop resume untuk banking, industrial & software punye company. hopefully after aku punye final exam 3May 2011, aku dah dapat keje. sangat tak sabar nak keje. Its my turn to support my family once I finish up my studies.
doakan aku k. :)
10 March 2011
Kenapa Lelaki Senang Nak Panggil Sayang-Sayang??
Hikayat Merong Mahawangsa

hmm.. teringin la nak tengok cerita ni.. rasa2 best tak??
SINOPSIS
Filem yang skripnya ditulis oleh Amir Hafizi ini mengisahkan tentang seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah.
Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.
Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Geruda.
p/s : 2ketui minah yang aku cerita kat entry ni aku tu reply email aku. suruh masukkan duit. sorry la. aku sikit tak mau percaya ok.
07 March 2011
Tak Boleh Percaya OK !
its been a week I guess. tak post any new entry. Sangat banyak kerja. dengan thesis, test.. ohh my final semester so stressful ok. hmm, korang sihat tak? hope semuanya sihat-sihat belaka ok. kalo sakit cepat-sepat g klinik tau. ok berbalik kepada entry aku kali ini. kenapa "Tak Boleh Percaya"? hmm, aku rasa mungkin ramai di antara korang-korang ni pernah dapat email macam ni... (aku copypaste dari email ku)
"...Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Paun) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana...."
tak pun email macam ni...
"...More so, I will like to disclose much to you if you can help me to relocate to your country because my stepmother has threatened to assassinate me. Though she is in a different state now but we must have to hasten up and transfer this money so that i can prepare my travelling document and come over to your country. The amount is ($11.6M USD) Million United State Dollars and I have confirmed from the bank in Ouagadougou and all they need to transfer the money is your consent as the kin to Mr toti and provision of active bank account information where to remit the total sum. So I want you to forward your account and you will also help me to place the money in a more profitable business venture in your Country hence i do not have business idea...."
email pertama aku terima dari shahsilla@rediffmail.com punya la dia cerita dia sakit kanser, dah nak mati, takde anak, suami pun dah meninggal, tiba-tiba nak bagi duit kat aku. yang pelik nya ada ke orang dalam dunia ni nak bagi duit suka-suka hati. daripada bagi aku (kalau betul la kan) baik la minah ni bagi dekat anak-anak yatim.
email kedua pulak aku terima dari missalice_akator2@o2.pl dia ni punya la cerita panjang berjela. cakap step mother dia jahat. gila kan harta bagai. tiba-tiba mintak akaun number aku sebab nak suruh aku simpankan duit dia. haha. memang aku gelak guling-guling ok.
Tapi aku reply la email dua ketui minah ni. aku cakap kalau nak sangat bagi duit kat aku tak payah mintak number akaun, hantar je cek dengan nama penuh aku printed on that.
So, aku nasihatkan jangan percaya semua benda ni. kawan aku pernah kena tipu RM2500 sebab nak duit lebih banyak. bersyukur dengan apa yang kita ada, kalau nak percaya pun selidik dulu ok.
p/s : nanti kalau minah 2 ketui tu reply aku cite lagi ok?
01 March 2011
Perempuan Sekarang...

hari ini hari yang memenatkan bagi aku. tp alhamdulillah. so far semua kerja-kerja sekolah aku berjalan lancar. Hmm, tajuk entry aku hari ini (setelah lama menyepi dari dunia blog),
bagi aku, kalau pakai selipar tu bukan selekeh. aku tak setuju sama sekali ok. antara reason atau sebab-sebab kenapa aku tak setuju...
1. Aku pun antara perempuan yang suka pakai selipar, pegi kuliah, kadang-kadang pegi jalan-jalan. even dating pun pernah ok. Bagi aku, perempuan yang pakai selipar ini lebih kepada mahukan keselesaan. sebab selipar ni flat je tapak nya, so, kaki tak payah nak sakit-sakit pakai heels tinggi bagai. Tapi aku pakai mengikut kesesuaian la. tak kan aku nak pakai selipar masa kenduri kahwin atau menghadiri majlis formal yang lain dan tak kan aku nak jogging pakai selipar kot kan? So, guys tak semestinya pakai selipar tu selekeh ok?
2. Pemanggil tu cakap girlfriend dia pakai tudung tak iron. yang si minah ni pun satu. cuba ikut macam aku.
3. Sebab yang lain mungkin boyfriend-boyfriend kepada girlfriend-girlfriend di luar sana tak nak girlfriend diorang melawa. takut nanti orang lain tengok terpikat. nanti melepas la kan.
4. Dalam Islam pun ada mengetengahkan pentingnya kita memakai perhiasan atau melawa-lawa untuk suami kita saja. So, tak salah la kalau pakai simple saja di luar. tapi jangan selekeh di mata orang lain sudah.
Tapi perlu diingatkan pakaian, appearance korang harusla sesuai dengan keadaan dan tempat. So, pandai-pandai la ladies-ladies sekalian untuk bertindak. :)
p/s : jom pakai selipar. haha :P


