.:Besh People:.

25 February 2011

Doa Mengatasi Kekecewaan

Salamz uoolls..
Korang pernah mengalami kekecewaan tak? macam putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri ke? mestilah pernah kan? sebab setiap hamba Allah yang Allah sayang akan di uji. pandai-pandai aku je buat conclusion kat sini aku nak kongsikan 1 doa yang berguna untuk kita mengatasi kekecewaan atau kehampahan terhadap sesuatu yang terjadi pada diri kita. contohnya macam korang nak lupakan ex-boyfriend or ex-girlfriend korang dengan meletakkan tapak tangan pada dahi atau dada korang kemudian baca la doa ni. Setelah selesai baca, korang gengam tangan korang, dan kemudian buat isyarat membuang. kira macam korang nak buang segala ingatan atau apa saja tentang orang tu yang menyakitkan hati korang. Insyallah dengan Izin Allah korang akan berasa lega lepas tu. hmm, ni ayatnya, kalau macam tak jelas gambarnya, korang boleh check Surah Ar-Ra'ad ayat 39.


Lepas tu korang bacala pulak doa pendekat jodoh ni. Insyallah cepat dapat penganti yang soleh or solehah gitu. aku pernah baca selalunya orang putus cinta ni mungkin sebab orang tu tak cukup baik untuk kita, tak pun sebaliknya. So, muhasabah diri. jangan cari salah orang. yang penting kita perbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik dari sebelum nye.

p/s : pictures taken from here.

Doa Elak di Fitnah

Salamz semua. hope semua sihat2 selalu.
lama aku rasa aku menyepi. padahal baru 2 hari. tu lah tulis blog pun boleh eddicted. bukan drug eddict ok So, kali ini aku nak kongsi pasal doa pulak sebab aku rasa segmen doa ni bagus untuk di share. bukan sebab hari ni hari jumaat. cuma aku rasa nak berkongsi ilmu agama tak semestinya tunggu penghulu hari kan? So, mari kita amalkan doa ni untuk mengelakkan fitnah dari orang-orang yang ada niat untuk memfitnah kita.


ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal.
p/s : doa diambil dari sini.

23 February 2011

Booked Flight Ticket to Langkawi

Salamz semua...
yay~ suka plus seronok ye kawan-kawan. buat julung kali nya aku bakal naik kapal terbang. First destinasi travel aku Langkawi. Mula-mula ingat nak pegi Singapore tapi fikir bajet nak buat pasport lagi plus tiket yang berharga RM5 tu cepat sangat habis harga promo. tiket International paling panas jualan nya.. bila aku refresh page je harga promo international flight dah hilang. tinggal harga biasa yang mahal. :-(

So, supaya tidak menghampakan hati, kekasih hati telah booked 2 tiket ke Langkawi. ye Langkawi. ramai jugak member-member yang vote kat facebook aku cakap pegi singapore lagi best. Tapi Langkawi aku rase ok what. ada pantai, chocolate murah, kain batik, minyak gamat dan yang paling penting aku support cuti-cuti Malaysia. siyes tak boleh blah aku ni

Harga tiket aku Rm15 je exclude airport charges and fees.. Sesiapa yang nak pegi bercuti dari september 2011 hingga Febuari 2012, pegi la check website airasia. ada banyak promo untuk domestic dan international yang bermula dari harga RM5. Airport charges & fees pulak dari RM5 sampai RM61. sangat murah ok. kalau korang travel naik bas atau tren pun still tak dapat semurah macam ni.

p/s : go holiday.. :)

21 February 2011

EMAS pelaburan masa depan


Salamz semua...
ade sihat kah arini..? kat sini aku nak berkongsi sedikit info yang aku rase sekarang ni menjadi kegilaan ramai muda mudi. tak lain tak bukan EMAS. kalau dulu kaum yang lebih cenderung dengan emas ni perempuan. ada orang cakap emas dan perempuan tak boleh dipisahkan. tapi sekarang ni aku tengok kaum lelaki pulak yang tak nak mengalah.

emas ni banyak kegunaan dan manfaatnye. kenapa kita perlu menyimpan emas? antara sebabnya adalah ia mempunyai nilai sepanjang zaman boleh digunakan walau di negara manapun korang pergi. Emas adalah kekayaan sebenar yang seharusnya kita pegang dimana ia tidak boleh dimanipulasikan dan adalah aset yang terunggul. Berbeza pula dengan mata wang kertas dimana mata wang kertas sentiasa jatuh didalam jangka masa panjang. Untuk pengetahuan korang, mengikut kajian kes wang kertas bukanlah menyimpanan kekayaan yang terbaik, kenapa? kerana ia adalah hanya sekeping kertas yang dicetak dan hanya boleh digunakan setelah kerajaan memberi nilai penggunaan wang kertas tersebut. Selain itu duit kertas sangat mudah dimusnahkan. cuba korang bakar duit kertas tu? lepas terbakar ada nilai tak? lain la emas kalau terbakar dia cair tapi tetap ada nilai dan bila korang jual tetap ada harga. betul tak?

Harga emas akan meningkat dalam jangka masa yang panjang. Jika kamu tahu pada tahun 90-an harga segram emas 916 adalah RM30/gram. Harga Emas 916 pada tahun 2001 adalah sebanyak RM43/gram dan kini harga segram emas 916 approximate RM160/gram. Banyak tak beza? dan kalau korang masih lagi ragu-ragu dan tunggu harga jatuh seperti harga pada tahun 90-an tak tahulah sampai bila korang boleh beli. Nasihat aku belilah sekarang kalau harga naik pun dia akan naik lagi, tak rugi pun.

Sejak 5 tahun kebelakangan ini harga emas meningkat sebanyak 250%, Namun kesedaran rakyat Malaysia tentang pelaburan emas masih rendah. ASB pula sekitar 8% je setahun. Pulangan daripada pelaburan Emas adalah jauh lebih tinggi.

Mata wang kertas pula nilainya akan jatuh dalam jangka masa panjang.Wang kertas merupakan penyimpanan nilai yang lemah. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan. Untuk sesiapa yang ingin membeli emas sila ke website publicgold pilihlah emas yang korang nak beli samada gold bar 20g, 50g, 100g dan 1kg atau syiling emas seberat 50g dan semua itu mempunyai ketulenan emas iaitu 999.9. Nak check harga semasa emas pun boleh. untuk mendapatkan dinar emas sila ke website publicdinar. korang boleh pilih samada 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar. Berat 1 dinar adalah 4.25g dengan ketulenan emas iaitu 916. mempunyai certificate dan resit pembelian bagi sesiapa yang mahu membeli emas public gold sahaja.

So, kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi

Jamil Zaman (dealer 1Malaysia)
Authorised Public Gold Dealer (A4304)
H/P: 019-3899267
Email: Jamil_man87@yahoo.com
Facebook Jamil Zaman

p/s : Incik BF pun beli emas dekat beliau..

So, save in gold, before its too late :)

18 February 2011

I’ve Got the Power with Sucker Punch

Sucker Punch

I’ve Got the Power with Sucker Punch...

I will cooperate with babydoll and her team. As everyone know, Babydoll (Emily Browning) attitude that does not give up easily will get us good as a team. While Rocket (Jena Malone), very outspoken will always make our relationship based on honesty. Other than that, with coorperation from the street-smart Blondie (Vanessa Hudgens), all plan of escape will be as easy as a b c. Beside that, the bad people will not underestimate us as girl power that too girlish because we have the fiercely loyal Amber (Jamie Chung) and the reluctant Sweet Pea (Abbie Cornish) will make us sweet but not to be underestimated!


For all the nuffnangers, feel free to take part in this contest.. details at nuffnang website!
65 lucky Nuffnangers and their guests will have the opportunity to watch Sucker Punch 2 days before its official premiere in Malaysia! details screening...

Date: 22 March 2011 (Tuesday)
Time: 9 pm
Venue: GSC 1 Utama

So, good luck to all nuffnangers that taking part ! :)

Tips elak tangan mengelembung akibat melecur.


Salamz uollss...
ye kawan-kawan.. angkara homemade popcorn ku.. jari telunjuk sebelah kiri saya pun macam nak "pop" jer.. nak meletup mengelembung di sebabkan kena karemel panas.. tapi semangat aku begitu menebal nak rase popcorn buatan sediri. nasib baik popcorn nye menjadi. sesiapa nak resepi boleh klik kat sini.

Selain dari jari ku ade "pop", ada lagi angkara lain, popcorn berterabur kat dapur bila jagung kering start pecah. So, terpaksa la aku mengemas dapur tadi.
lagi satu, periuk pun kena sental sebab berjelaga sikit akibat dari panaskan jagung kering nak buat popcorn.

tips supaya jari tak mengelembung kalau kena benda-benda panas. ni kawan aku Doctor-to-be Cik Affa yang bagi..

next time kalau jari or apa-apa anggota badan korang kena benda panas atau melecur, letak bahagian yang melecur tadi bawah air selama 2minit. Jangan air sejuk sangat dan jangan air panas pulak. air paip biasa je. Pastu jangan letak ais. Insyallah nanti tak akan mengelembung macam jari aku ni..

Homemade Popcorn


Salamz uolls..
sihat tak hari ini..?? hmm, hari ni aku merajinkan hari-hari aku rajin OK diri mencuba resepi try-an-error. resepi kali ni simple je. hmm, tak guna tulis panjang-panjang, meh kita chekidout resepi ni..

Bahan-bahan (4 orang makan) korang nak makan sorang2 pun xde hal

  • 1 cawan jagung kering
  • 4 sudu besar mantega
  • 5 sudu besar gula

Cara-cara
1. masak jagung kering dalam periuk dengan api kecil. mula-mula kacau cepat-cepat.
2. bila jagung start pecah, tutup periuk. korang akan dengar bunyi pop pop pop gitu.
3. tunggu sehingga jagung kering tu semua pecah. tapi adela sikit-sikit yang tak pecah, pastu angkat.
4. masuk gula dalam periuk lain. bila gula dah cair, masukkan mentega.
5. bila mentega dah cair, masukkan popcorn dan gaul rata.

siap! senang kan...?? so, happy cooking. :)

tara.. ade 1 balang uoollsss.. :)

Job Interview

Salamz uolls..

first of all thanx sangat2 kat kawan aku, Cik Intan Suriati yang tolong aku banyak untuk interview kali ni. alah.. kerja partime je. sebenarnye aku nak apply position as data entry. tapi disebabkan dah penuh, aku di offer telemarketer.

aku fikir sekarang ni final semester aku dan aku tak nak la susahkan family aku untuk bayar yuran pengajian aku dah. nak kerja la konon. so, aku pun memberanikan diri hantar resume kat company ni. name company ni motortrader. location kat mtm multimedia sdn bhd. Suite 12.02, Level 12, Centrepoint South, Mid Valley City. tempat keje pun nearby je. gaji pun not bad. siap ade komisyen bagai. interesting kan??

korang penah dengar tak Motortrader? alaa yang majalah pasal iklan2 kereta tu.. kereta sport la, BMW & macam2 kereta mewah lg... So, roughly kerja aku macam call orang and convince orang untuk buat advertisement pasal kereta2 diorang dalam majalah tu. bab call tu aku memang takde masalah. nak yakin kan orang through phone yang susah sikit aku rase..

interview memang sangat best. tak pernah aku rase selesa macam aku interview hari ni. bos pun siap puji2 aku. haha. tapi tu la aku tak buat keputusan lagi sama ada nak join atau pun tak. bos tu bagi mase sampai hari isnin untuk aku terima or tak offer tu...

17 February 2011

Natural Disaster at UM

Salamz uoollss..
ngeri kan tengok? kalau la hempap kat kereta korang mesti comfirm blur2 dan sedih tahap dewa sebab tak tau nak buat macam mane.. mesti meraung punye ! rasa-rasa nye boleh claim insurans ke? aku tak tau sangat. almaklum la belum ada kereta lagi. jom layan gambar tragedi 17 Febuari 2011 ni.

kesian kat empunya kancil merah. :-(

lain kali uoolss semua jangan nak parking bawah bumbung je. mana-mana pun kalau dah nak jadi tak kira bawah bumbung or bawah pokok. entah-entah bumbung terbang kot. pandai-pandai aku je reka kan.


ni pokok dekat kawasan cerun depan kolej kediaman kedua on the way nak ke fakulti kejuruteraan. nama lagi kat cerun kan, comfirm la tak stabil pokok tu.

So, semua marila kita muhasabah diri. tuhan nak bagi ujian kena redha ye..
anyway kredit picts to Hisyam Padzil

Transkrip Graduation


Salamz uollss..

adeih.. rase mcm lama pulak tak update blog. ni semua di sebabkan aku busy nak check and hantar balik transkrip untuk graduate. lebih menyedihkan aku tahu last day transkrip kena submit. housemate ku yang baik hati tak pulak inform kat aku. nasib baik la ada kawan2 sekelas yang sangat prihatin. tQ korang. kalau tak aku graduate nanti entah ape2 la result yang keluar.

tapi kan tak boleh jugak nak salah kan housemate ku yang baik hati tu, aku kena la elert dengan setiap notis di tampal kat fakulti kan. pape pun lepas ni tak boleh nak harapkan orang sangat. semua kena diri sdr je ok cik shela?

15 February 2011

7 Days Slimming Soup

Cooking ingredients

1 red onion
1 round cabbage
2 stalks Australia celery
1 green gapsium
1 tomato
2 pieces of chicken breast
2 1 / 2 cup water

Cooking methods

Add water to the pot, add another ingredients. wait until the chicken is cooked.

ready to serve!

p/s: Do not add salt. you can add pepper or seasoning tomyam to make the soup taste better.

Happy Cooking ~

Ideal Weight

Salamz uolls.. huhu..
aku rase mcm aku kene diet blk lerr.. adeih. skrg dh dkt 75kg dh berat aku. tinggi baru 1.65m je.. ideal weight kne dlm range 53kg ke 68kg.. sesape yg tak tau nak calculate BMI (Body Mass Index) boleh ikut formula ni..
Metric Units: BMI = Weight (kg) / (Height (m) x Height (m))

MACAM MANE YE NAK KURUS DAPATKAN IDEAL WEIGHT??
aku penah bace 1 artikel ni. ckp yg x boleh tgl nasi terus kalau nk diet. nnt once stop berat akan naik mendadak.. ade gak aku buat research yg kne kurangkan garam, lbhkan sayur, buah2an.. hmm, aku rse mcm nk start apply blk menu London Weight Management bg dulu. huhu..
tp aku rse semua ni bergantung pada diri kinta sdr. kne kuat semangat. insyallah.. aku tak nak kurang byk cume aku nk dlm range je. lgpn overweight akan sng terdedah kepada mcm2 penyakit..
doakan ye kwn2. Sy dh nekad.. mau amalkan cara hidup & permakanan yg sihat. :)

13 February 2011

Rempah BBQ



Salamz uuoolllss..
kali ni aku nak share resepi rempah BBQ. ni cobaan pertama aku sbb selame ni beli yg dh siap je. kira yg ni mcm try-an-error resepi la. aku buat mse BBQ Double-Date kt Sg Chongkak. hmm, alhamdulillah.. dpt positive feedback dr kekasih hati, sahabat sejati, affa & bf die, Abu Dani.
guys, chekidout resepi kat bwh ni...

Bahan2
  • 2 kg ayam (seekor ayam)
  • 1 biji bwng besar
  • 5 ulas bwng putih
  • 2cm halia
  • 2 sudu serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 btg serai
  • 1 sudu bsr jintan putih
  • 1 sudu bsr jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu bsr gula
  • sedikit minyak masak

Cara2 nya senang je. campurkan semua bahan kecuali ayam,serai & minyak masak. pastu blend kan. Pastu satukan dgn ayam. perap semalaman dlm peti ais. perap lg lame lg sedap.

p/s : titik serai yg dh d rendam pangkalnye dlm minyak. pastu mase bakar ayam, korg titik2 kan.

Selamat mencuba ! :)

Double-Date

Ahad minggu lepas (6Feb2011) besh fwen aku, affa ajak join Double-Date. mule2 aku blur2 gak. bile die ckp keluar skali dgn bf aku, bf die n die. ohh.. baru aku faham. Double Date ni mcm "A date in which two couples participate" . tapi ramai jugak yg tak tau istilah ni. termasuk la aku yg blur2 ni. hmm, berbalik pada cite Double-Date ktorg, Affa suggest ktorg spend time kat Sunway Lagoon. tp nk masuk je dh RM60. aku skrg tgh bjimat & yang bbelanja secara bhemat ni pun gtau la die. aku rse mcm tak cukup duit je nk ke sane. kalo nk g baek g Genting. baru RM43. tp kawan aku si affa ni plak gayat. hehe. So, plan punye plan, at last kitorg plan mandi sungai je. So, semalam selamat la ktorg bermandi manda d Sungai Chongkak. siap BBQ lg. ckp psl BBQ, mybe sbb lps hujan & kwn tanah yg mcm lembab2. Ktorg bkerja keras selama dkt 2jam utk buat bara jer. mmg mbara btl. Bak kata Abu Dani, bf affa nk buat bara kat 2 jam. masak dkt sejam. mkn tak sampai 5minit. sbb sume dh lapa. i guess. :P
Gambar still kat best friend aku, affa sbb laptop aku pnye card reader buat hal. tak leh detect memory card kamera kwn aku ni. Tension OK. mybe 2 hari lg bwu dpt upload picts. Insyallah bakal di share dgn uuooollsss sume.. yay~ gambar dah ade~ suke! tQ affa!
Bg sesape yg teringin nk g Sg Chongkak, lokasi nye dekat area Cheras-Hulu Langat. Boleh google maps ok. aku & kekasih hati pun selalu mgunakan aplikasi google maps ni. yela hp ku still tak de gps lg.. best. tp air nye sejuk smpai bleh bt Incik Jamil a.k.a kekasih hati demam 3hari. :P

ni abu VS affa yg tak tahan kne splash dgn air. hehe.

ohh.. ni incik jamil tgh tukar seluar myibuk dlm ini gambar. :P

ni nk buat bara.. dkt 2jam kot. :-(

incik jamil tgh basuh 'dawai' yg die bwk utk BBQ gune cara tradisional. :)

overall.. Sg Chongkak mmg best sbb ade ktorg. haha. miss u guys much2. Insyallah pasni plan ke Singapore. :)

10 February 2011

Rainbow Chick Resources GiveAway !


Salamz uolllss..
Sihat tak arini? comei kan stuff2 kat gmbr kat atas 2? aku saje merajinkan diri. well, aku ni mmg rajin pun join contest2. hehe.. syarat nye mudah. uoolls sume pun boleh join. tak caye? chekidout syarat2 kat bwh ni...

1. Become Rainbow Chick Resources follower. DONE

2. Like Rainbow Chick Resources blog and like fanpage Rainbow Chick Resources. DONE

3. leave a comment in the giveaway entry to participate. Get extra entries by having this giveaway posted on your blog / share this giveaway on your facebook / twitter status (for fb, please tag Rainbowchick Resources) DONE

4. provide email address together with the shared blog links. Please ensure that you leave only ONE comment. DONE

5. The closing date of the giveaway is on 28th February 2011, 11.59 MYT (GMT +8). DONE

6. The winner will be chosen via random.org, and announcement of the winner will be made shortly after. DONE


So, pe lg kwn2.. meh kite terjah blog rainbow ni. bkn sng org nk bg giveaway. hehe
Good Luck kat sesape yg join :)

08 February 2011

Paris Hilton PELUK ISLAM??

salamz uoolllsss...
pergh... siyes tkejut. tp bersyukur sbb Cik Paris Hilton skrg di kabarkan dah peluk islam. alhamdulillah. aku pun jd tak terkata pe yang aku bace kat dailysquib bwu jup tadi. yela kan sape tak kenal dgn Paris Hilton yg hidup nye suke berpoye-poye. party sane sini. hidup bebas. tetibe blh peluk islam. wah.. tak sangka kan? di fahamkan jugak dia akan join her own islamic school kat tgh2 bandar Beverly Hills. dia gak ckp :

"I have now found total peace in my life. Before, I used to be known as an STD-ridden streetwalker , a 'hoe' and a person of loose morals, but now, things have changed. Allah be praised."
"Forget Scientology or Kaballah. This is the religion to be in now. I'm not going to be wearing a piece of red string on my wrist or walk around like a robot talking to Xenu. Islam is the new must-have religion. and I'm going to spread the word of the Koran to everyone,"

Paris Hilton jugak plans nak tukar name dia kepada 'Tahirah' which means 'Pure, chaste' in Arabic. Islamic school dia akan di buka bulan julai. tp aku hope dgn ajaran & agama islam dia dpt ketenangan dan aku harap dia betul2 maksudkan dgn masuk islam.. anyway, alhamdulillah.

Burlesque Movie

Salamz uolls...
1st of all thanx nuffnang again sbb bg tiket free. actually bukan free, aku yg hebat ini telah merajinkan diri join contest kat nuffnang utk kali yg ke 2. alhamdullilah comment yg menarik. aku xtaw la bpe puluh komen yg menarik dpt 2 tiket free. hehe. overall cite ni not bad. mcm muvie musikal pun ade. sesape yg msh blur2. click kat sini utk sinopsis & roughly cite ni mcm mne. lupe plak cite ni bakal release 17 Feb 2011 ni. tp nuffnangers tgk awl 10 hari ok. love u la nuffnang! :)
So smlm aku & kekasih hati telah g tgk cite ni kat GSC Mid Valley. g collect tickets around 8.30pm. cite start 9pm. aku rse mcm tgk movie musikal plus konsert. suara Christina & cher sgt tip top wallah~
aku suke pelakon kristen bell ni. prefer die dgn rambut warna ni. tp watak die sbgai Nikki dlm cite ni sgt annoying.

ni plak handsome guy. Cam Gigandet sbgai bar tender. composer yg lagunye always not-ready.

so, pe lg..? g la tempah siap2. 17 Feb ni kuar. :)

06 February 2011

Wedding Kak Ita

Salamz uollss.. 1st of all, congrats kak ita & zaidi yg dh btukar status jd suami isteri. i like suke ! FYI, kak ita ni ex-roomates aku mase kat Kolej Kediaman Pertama UM. & juga merupakan org pntg mse aku mule2 nk knl dgn Encik Ahmad Jamil a.k.a bf aku. so, org pntg aku rse mcm x sedap hati plak x dtg wedding die. die byk gak tlg aku. gmbr2 ni mase dia nikah & majlis kat umah die kat jenjarum. aku xpegi mase ni. arini majlis bertandang kat putrajaya baru aku bpeluang nk g.. lgpn zaidi ni aku knl gak. Bekas Presiden Kolej melampau la kalo x kenal kan. hehe. gmbr2 ni sume aku cedok dr fesbuk die. die pun cedok dr kengkawan yg dtg. hehe.
So, kak ita hepi2 selalu. semoga bkekalan hingga ke anak cucu cicit.

ni gambar mase nikah

ni plak waktu majlis sanding belah ppuan kat jenjarum.

Good Luck B !

Location : Optical 88. LG Mid Valley
Salamz uolls..
arini hari teman sidia g buat spec baru & beli alat tulis. sok nk start sekolah. hehe
actually bukan sekolah. dia nak sambung study aviation kat Aviation Training Centre kat area Shah Alam, Selangor.

So, nnt dia start dr yg aku bulatkan 3. course 3thn. kalo start dr atas2 tu 4thn kot. lame2. :P
hmm.. pape2 good luck nnt. hope dia blh hbs ontime dgn cemerlang. insyallah.
meh layan tgk gmbr2 di sekitar optical88. tgh pilih2 spec yg berkenan dgn yang bkenaan....

mase try2 spec..

the red hornet. haha

like this page! mmg mcm budak sekolah!

muka pueh hati. dah dpt spec pojaan hati.
Selamat Study yer Encik Kekasih Hati..

Sizzling Mee Ipoh Parade

Salamz uollss...
Sape sini warga ipoh? sila like.. hehe
lame rsenye x pekena sizzling mee kat ipoh parade ni. kalau dulu harga RM3 je kalau yang biasa. kalau special cket. tmbah telur baru RM3.50. skrg dh naik RM2 dh. sizzling mee yang aku mkn ni RM5.50. nsb bek la ak kempunan. kalo x, bek ak mkn bende laen.
meh chekidout tgk sape lg join mkn same2 dgn aku.

ni kakak aku n abg chik. cousin ak merangkap abg ipar aku.

ni cousin aku. aris. rambut tebuan sblm dicantas pendek. hehe

ni adik aku yg no. 4. mamei. yg konon malu2 tak nk tgkp gambar. pooodah.

last but not least, adik aku yg plg kecik dila tgh menikmati sizzling mee.. :)

60 Languages to say I LOVE YOU !


Salamz uolls.. lame plak rse x mengupdate blog. ni baru lepas bace buku 1001 ways to be romantic. yg di email dr senior mse sekolah dulu. tQ kak nana :) love u much2
so sini aku mau share dgn korg2 semua mcmne nk ckp I LOVE YOU dlm pelbagai bahasa. so checkidout~

1. Malaysian: “Aku cinta Padamu”
2. Apache: “Shi ingôlth-a”
3. Arabic: “Ahebbek”
4. Armenian: “Sírem zk ´ez”
5. Aztec: “Nimitzlaco’tla”
6. Bengali: “Ami tomake bhalo basi”
7. Bulgarian: “Obícom te”
8. Burmese: “Chítte”
9. Cambodian: “Khñoms(r)alañ ‘neak”
10. Cantonese: “Kgoh òi nei”
11. Cherokee: “Kykéyu”
12. Cheyenne: “Ne-méhotatse”
13. Chinese: “Wo ài nei”
14. Czech: “Miluji vás”
15. Danish: “Eg elskar dig”
16. Dutch: “It hous van jou”
17. Egyptian: “Anna bahebek”
18. Eskimo: “Nagligivaget”
19. Finnish: “Mínä rákistan sínua”
20. French: “Je t’aime”
21. Gaelic (Irish): “Mo ghradh thú”
22. German: “Ich liebe dich”
23. Greek: “Sàs agapo”
24. Romany: “Mándi komova toot”
25. Hawaiian: “Aloha wau ia oe”
26. Hebrew: “Aní ohev otakh”
27. Hindi: “Mayn toojh ko pyár karta hun”
28. Hungarian: “Szeretlék”
29. Icelandic: “Eg elska pig”
30. Indonesian: “Aku cinta padamu”
31. Irish: “Thaim in grabh leat”
32. Italian: “Ti amo”
33. Japanese: “Ai shite imasu”
34. Korean: “Na nun tangshinul sarang hamnida”
35. Kurdish: “Asektem”
36. Latin: “Ego te amo”
37. Mandarin: “Wo ài ni”
38. Mohawk: “Konoronhkwa”
39. Norwegian: “Jeg elsker deg”
40. Persian: “Aseketem”
41. Polish: “Ja cie kocham”
42. Portugese: “Eu te amo”
43. Russian: “Ya lyablyu tyebya”
44. Samoan: “O te alofa ya te oe”
45. Sanskrit: “Aham twan sneham karomi”
46. Sioux: “Techi ´hila”
47. Somali: “Wankudja’alahai”
48. Spanish: “Te amo”
49. Swahili: “Mimi nakupenda”
50. Swedish: “Jag älskar dig”
51. Taiwanese: “Ngùa ai dì”
52. Thai: “Pom rak khun”
53. Tibetan: “Khyod-la cags-so”
54. Turkish: “Seni severim”
55. Ukrainian: “Ya vas kikháyu”
56. Vietnamese: “Anh yëu em”
57. Welsh: “Rwy’n dy garu di”
58. Yiddish: “Ich libe dich”
59. Yugoslavian: “Ja te volim”
60. Zulu: “Ngi ya thandela wena”

byk lg tips2 menarik dr buku 1001 ways to be romantic ni. sesape yg nak sila tglkan email kat comment ok.?

03 February 2011

Creative way to hang your earing


Salamz uollls..
aku rse agak lame x update psl DIY pnye projek. so, sini aku nk share cara2 nk letak aksesori korg terutama subang & gelang. nk buat mcmne?? meh sini aku nk ajar share cket dgn korang.

cara2
1. korg cari mne2 frame gambar korg yg dh xelok. yg xmau gune dh. jgn plak korg ambik frame gmbr mak korg gantung gambar2 family buat bende ni. aku tak bertanggung jawab ok.?

2. korg buang la kaca or plastik or pape je material yang cover frame ni. papan belakang korg jgn buang k.

3. ambik kepingan dawai (mcm kasa dawai yg kite buat eksperimen sains tu) tp make sure ade lubang2 k. lg kecik lg bagus. potong mengikut saiz cover frame (sape suh buang td?).

4. pastu boleh la gantung earing korg.

Selamat mencuba. :D

Don't Celebrate V-day!


Salamz uollss..
hmm.. 14feb ni Valentine Day ek? hmm.. ade aku kesah.. ? hmm... umat islam x elok ok celebrate. kat sini aku ade share kan 3 versi ttg V-Day ni..
Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

p/s : Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu ? So.. jgn celebrate V-Day ye kwn2.. :)

02 February 2011

Sape Tahun Arnab??


Salamz uolls..
Sape lahir tahun rabbit? sila angkat kaki.. ehh silap.. sila like entry ni. hehe
well, anda2 semua perhatikan gmbr 2 betui2. 1987 k. aku dilahirkan 9january1987. hmm... ye aku tau la. dh 24tahun. bukan tua ye. matured gitu. hehe
okey2..mari kite checkidout pe yg best tahun arnab ni..

Kebaikan
-ekonomi kebanyakan negara akan berpeluang menikmati pemulihan yg positif.
-membawa keuntungan besar membabitkan bidang kreativiti.
-Harga hartanah akan melambung sehingga org ramai boleh menjadi kaya.
-Pasaran saham dlm 6 bulan pertama lebih baik berbanding 6 bln kedua.
-membawa sinar kebahagiaan kepada hubungan kekasih atau mereka yg sedang menghampiri gerbang perkahwinan.

tak semua benda 2 baik je kan. so kite kene tgk keburukan plak..
Keburukan
-Nasib tidak menyebelahi pasangan suami isteri kerana akan berlaku banyak kes kecurangan dalam perkahwinan.terutamanya bagi mereka di bawah tahun anjing, kuda dan harimau.
-Bakal menyaksikan pergaduhan berlaku disegenap dunia & sesama ahli keluarga.
-Akan berlaku bayak kes influenza spt batuk & penyakit berkaitan pernafasan.
-Bagi pekerja, banyak dugaan dalam bentuk pergaduhan, kebencian dan gosip atau politik pejabat.
-Tahun ini bkn tahun yg sesuai utk bertukar kerjaya @ kenaikan pangkat.
-Bagi pelajar, diramalkan akan menghadapi kesukaran utk memberi tumpuan kpd pelajaran.

Bagi individu yg lahir pada tahun arnab pula, mereka dikatakan sbg seorg yg peka, bijaksana, berkelakuan baik, senang menerima tetamu, sopan, diplomatik, dan berjiwa seni. (malu la puji lbh2 ni)
Sifat negatif plak adalah tidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, (xbtl2!!!) lurus bendul, pengecut (aku berani ok!) & mudah terpedaya.
Sumber : berita harian

Hopefully nothing serious....

Salamz uollss..
berita sedih.. yg tak besh... huhu..
pukul 9mlm smlm my dad di kejarkan ke hospital. tak leh jln. tak blh bdiri. skt perut yg amat. huhu. tpakse la aku n adik aku, ijam papah smpai ke kete. mule2 g klinik. Doctor bg injection, tp mybe teruk sgt kot. die suh g hospital terus. smpai hospital. kne tahan kat wad kecemasan. mule2 ingt suspect apendix. rupe2 nye jangkitan kuman dlm usus. alhamdulillah, pukul 3.45pg 1feb dh dibenarkan pulang. skrg dh semakin pulih. :)