.:Besh People:.

31 December 2011

BBQ at Pantai Morib

Salamz..
lama giler tak menulis. semua post kena back dated. hehe
Alkisahnya kitorang bercadang nak pergi jalan2. tapi memikirkan sesak sebab orang sibuk nak celebrate new year. sesak sane sini, kitorang pergi la lepak2 sambil ber BBQ. tak mandi laut pun. air laut surut. nak dekat 200m jauhnye. So, pe lagi, mari ls kita layan gambar2 kat bawah ni. hehe


Oh lupa pulak. yang tukang perap bukan saye ye. Encik Jamil yang buat. tak tau la dia letak pe. dia cakap 'secret recipe' salah satu bahan perencah nasi goreng.. haha.. tapi sedap.



Simple je piknik kitorang. nasi goreng, udang + ayam BBQ, air sirap limau & jelly.


Tapi kitorang tak lepak lame sebab ada ganguan monyet2 liar. So, jalan2 sekitar pantai sambil kutip cangkerang & tengok2 gerai jualan





Oklah, papai Morib. Semoga jumpa lagi. hehe

19 December 2011

Xmas celebration

Salamz..
rasenya aku tak pernah update aku kerja kat mane. lepas habis study aku dapat 2 offer. 1 engineer kat semenyih, 1 kerja call centre kat area Damansara. tapi sebab aku tak familliar dengan kawasan Semenyih, aku let go peluang tu. pilih kerja kat area Damansara. tapi rezeki aku bukan kat sana, dalam sebulan lebih aku kerja, aku tak dapat teruskan. but life must go on right? dengan bantuan trainer aku mase keje kat Damansara, dia suruh aku apply kerja kat Scicom. tempat husband dia kerja. Alhamdulillah aku dapt kerja sana. Sekarang ni dah dekat sebulan lebih aku kat sini. So far aku senang kerja kat sini. Ada juga orang tanya, ada degree tapi kerja macam ni. bagi aku tak salah kerja kat call centre. 1st thing kerja aku halal. 2nd thing aku tolong orang selesaikan masalah dorang. 3rd thing gaji not bad, 4th thing environment kerja, kawan2 even orang atas semua tak ada masalah. So, aku hepi dengan kerja sekarang ni. Ada juga aku apply government. tapi biasa la lambat lagi kot dorang nak process.
Oklah, panjang dah aku melalut. actually aku nak cite pasal tempat kerja aku. Setiap bulan kitorang akan ada makan2. (aiseh macammne nak kurus kan?)
Kalau ade perayaan pada bulan tu dorang celebrate sekali la. Untuk bulan ni Xmas. So, kitorang buat tukar2 hadiah. minimum Rm10. aku tak tau nk beli pe sebab tak tau siape yang bakal dapat hadiah aku, so, aku pikir2, aku beli pashmina. sebab tempat kerja aku ni sejuk. aircond melampau2. aku kena pakai 3 lapis baju kadang2. so, dengan adenye pashmina boleh gak reduce cket sejuk kan?


Ni pulak hadiah yang aku dapat. cawan yang comel dari crabtree & Evelyn. Aku tak tau siapa yang bagi. tapi cute. aku suke. !

Ni pulak hadiah dari company. Sijil 'prefect attandance'. alhamdulillah.


11 December 2011

bottle Top Fridge Magnet

Salam..
hehe.. mesti pembaca blog aku bosan. 3 entry asyik pasal fridge magnet je. hehe.
banyak idea yang terlintas. so aku share la.
Hope korang tak bosan la.
Kali ni aku nak kongsi buat fridge magnet guna bottle top a.k.a penutup botol. senang je. mula-mula korang kumpul la penutup botol. kalau boleh pelbagai jenis.

Then, korang ukur cupboard sama saiz dengan penutup botol.
ni untuk cover belakang penutup. Lepas tu gam kan kat belakang penutup.


Lepas tu boleh la lekat magnet kat belakang. dah siap. senang je.


Kalau nak lebih creative, korang lekat la butang baju kat botol ni untuk nampak lebih menarik. aku lekat kat botol yang kosong, macam yang tak ada nama atau jenama air kat atas nya.


comel kan?
Selamat mencuba & hepi DIY.