.:Besh People:.

26 September 2012

Kat mana nak dapat Fridge Magnet Negara Murah?

Salam..
sorry kawan2. lame menyepi. busy. ni free sket blh la update. saya lupa sepatutnya share dengan kawan2 kat mane nak dapatkan fridge magnet dari macam2 negara murah. kat post ni saya share semua nya ye. sorry lambat. enjoy.. :)

1.Three Ten Collections or search kat mudah.my (type je fridge magnet)
FM : Switzerland, London, New York, Canada, New Zealand, Barcelona, Australia
Harga : RM4-RM10

Kedai : Lot 72a(13) Amber Business Plaza 2, Jalan Jelawat 1, Bandar Tun Razak.
p/s : betul2 kat sebelah LRT cheras.

2. Fridge Magnet Handicraft Work
FM : macam2 negara, just name it
Harga : RM12-RM22
p/s: but its not original from overseas la. Sbb amoi ni buat sendiri. buatan malaysia. :)


3. S&J Gift Shop
FM : Paris, London, New York, Japan, India, Holland, Italy, & macam2 lagi
Harga : RM4.90-RM7.90

4. Kedai Craft Seri Timur, Central Market KL
FM : Malaysia
Harga : RM3


p/s: collection FM latest by August 2012. ni tak tambah FM Africa, Indonesia, Melaka, & Negeri Sembilan. Board ni pun mase ni tak d spray lg. btw, tq incik BF tolong cat kan ek.

p/s/s : kalau sy tau mane2 tempat murah lagi bakal di share. :)

17 July 2012

Pulau Pangkor Day 2

Salam semua..
saya masih lagi dalam mood cuti. hihi
arini plan tak pegi banyak tempat pun sebab nak gerak balik umah kat Ipoh.
Bangun pagi terus g sarapan kat kedai dekat dengan resort. breakfast murah la. still bawah RM3 lagi. lepas tu kitorang merempit jln2 ke pantai. sebab pencarian seashells semalam hampa. tapi pencarian hampa kali ke 2. uhuk2.. tak dapat la nak ber DIY dengan seashells. :-(


So, kitorang just jalan2 kat area pantai tangkap2 gambar. nak lepak lame2 pun tak best. sini pukul 10pg pun dah rase bahang macam tengahari. lame2 duk pangkor ni, makin hitam la kulit yang dah sedia hitam ni. hehe

Then, kami ke Kota Belanda. Unik. Batu bata yang jadi kubu ni masih lagi kukuh walaupun dah lama. banyak gak info2 sejarah tentang Kota Belanda kat sini. Sourvinir shop pun ade tp kuatkan iman dari membeli. pujuk hati semalam dah beli kan?


Around 11.30am, packing and siap sedia untuk check out dan pulang ke kampung halaman.

Penat. tapi overall Pulau Pangkor best. :)


16 July 2012

Pulau Pangkor Day 1

Salam,
sihat ke? aku bercuti di pangkor 2 hari 1 malam. pagi2 ari isnin dalam pukul 6:30pg dah gerak dari KL. Perjalanan makan masa 4jam sebab jammed sikit area sungai buloh dan berhenti breakfast kat RnR. Sampai kat Jeti Lumut around 10:30am. mostly kawasan sini parking berkupon. tapi memikirkan nak tinggal kereta lama, kitorang (me n bf) decide parking kat kawasan berbumbung. kira macam parking bertingkat la. sejam pertama free. next hour/s RM0.30. memang murah la.

Then, gerak ke jeti lumut. beli tiket feri. tiket pergi balik dalam RM10. kalau korang memang tak plan penginapan or transport kat pangkor, jangan risau kat kaunter tiket macam2 offer kakak ni bagi. sewa moto RM30 dan rate bilik pun ade. tapi memandang kan aku dah survey dan blogwalking aku rase sewa moto boleh dapat lagi murah dari tu. So, aku bo layan je offer kakak tu. bilik plak memang dah tempah siap kat kawan bf.

Feri pukul 11:15pg, dalam 25minit sampai. Feri ni berhenti 2 perhentian. So, jangan nak memandai turun kalau semua orang tak turun ok. Kalau tak jadi macam kitorang. hehe

Bagi orang yang tak tempat transport awal2, kalau korang kuar dari jeti pangkor, beratur orang offer sewa moto, package round2 pulau dan macam2 lagi. Aku terus pergi office dan kitorang dapat sewa moto sehari lebih dengan harga RM25. siap ada minyak lagi dalam moto tu. oh, ya cakap pasal minyak. kat pangkor mahal 15sen/seliter dari semenanjung.

Lepas dah dapat moto, kitaorang terus memecut ke Teluk Nipah sebab stay kat resort sana. jalan kat pangkor ni semua nya 10%. kalau tak biasa bawak baik turun dari moto dan tolak je. ni la yang terjadi kat kami waktu 1st naik. tapi bila dah kali ke 2 naik dah expert dah. :)

Sampai bilik, mandi, solat, rest,makan. then gerak ke Fu Lin Kung Temple. Kat sini ade miniature Tembok Besar China, ada ikan besar dan yang penting sekali fridge magnet, keychain dan souvenir2 lain kat sini paling murah kalau nak dibanding kan dekat tempat2 lain kat pangkor. aku rembat fridge magnet dan keychain untuk hadiah kat family dan sempat jugak merembat duit bf aku untuk fridge magnet. hehe. bukan selalu kan??
dah janji dgn uncle ni letak gambar dia dalam blog. :P

p/s : fridge magnet kecik dan keychain 7 RM10. kalau rubber fridge magnet 3 RM10.

Then, destinasi ke 2. Kami p kilang Satay Hai Seng Hen. Kat sini korang boleh beli borong ikan kering, ikan bilis, satay2, sotong.macam2 hasil laut yang dah diproses. aku beli sikit barang memandang kan kakak aku order dan ade jugak aku beli nak bagi family pak ndak dan family aku.


Destinasi ke 3, kami ke town. saje usha2 souvenir tapi. mahal. just jalan cuci mata je.


Next, kitorang pulang ke resort, solat asar sbb aku terlupa buat jamak, then g terjun ke laut. ombak sangat la kuat. tapi best. air jernih, pantai bersih. bersih sampai seashells pun takde. tak dapat kumpul banyak seashells. (T_T)

Di sebabkan hujan, malam kami just makan seafood kat area teluk nipah. makanan kat pangkor kalau nak compare dengan harga KL, kat pangkor lagi mahal. Kami order ikan kerapu bakar, udang 3 rasa n sayur campur. makanan sedap cuma harga agak mahal sikit la. tp perut bkeroncong ana, kami bedal tanpa banyak bicara. hehe :P

penat..kenyang..masa untuk tito dan kumpul tenaga untuk esok. gudnight.. :P


11 July 2012

Seashells Decorations

Salam.
Arini off day. lama meninggalkan blog. thats why macam2 nak update. nak jadikan cite, 2 minggu lepas aku balik umah kakak n abang ipar aku kat putrajaya. So, sembang punya sembang, abang ipar aku cakap kat Jalan Pasar KL ada jual fridge magnet macam2 negara.

Tapi bila aku sampai ceh, ada sayur, ikan.. memang pasar habis la. Disebabkan penat mencari n untuk tak menghampakan hati aku. Aku n bf g la berjalan2 kat deretan kedai2 kat situ. Ada la 1 kedai jual bekas2 kaca, plastik etc.

Then, aku pun sambarla 8 balang kaca kecik comei. satu rm1.30. tawar punya tawar dapatla RM1.20 satu. okla. tak sampai RM10. huhu

So, aku pun lancarkan DIY. aku asingkan seashells ikut pantai2 yang aku pernah pergi kat dalam balang ni. tapi tak habis decorate lagi.. nak ikat letak nama pantai kat luar balang tu..

DIY separuh siap.. hehe



sebenarnya idea datang dari sini. sila google search "seashells decorations" ye. banyak sangat options boleh pilih.


ok. hepi DIY kalian semua. :)


Wordless Wednesday


09 July 2012

Pangkor


Insyallah akan ke pangkor 16 dan 17/07/12 ni. Destinasi holiday ke 3. Survey punya survey pangkor cheapest compare to other island. Tak sabar nak kutip seashells and off course Fridge magnets. :P

08 July 2012

Hobi Baru - Fridge Magnet




Aku sekarang ni macam crazy (macam ye bukan betul2) dengan fridge magnet. Tapi pilihan aku pada DIY and fridge magnet pelbagai Negara. Ingat tak fridge magnet bottle cap yang aku pernah buat? Sekarang dah ada almost 30 colours and design. Suka sangat tengok. Colourful k.
Nak buat senang je. Cuma kena rajin dan gigih kumpul penutup botol yang ada macam2 tulisan. Hehe

Untuk Fridge magnet yang Negara pulak, sekarang baru ada Singapore (from kakak aku), Indonesia (dari Yan), South Africa (beli sendiri) dan Russia (kirim dari adik member). Tapi by next month, Insyallah bakal bertambah dari Thailand, Netherland, Singapore, Philipines, Nigeria dan Australia. Kebanyakannya kirim kat kawan2 yang study,kerja or holiday kat sana. Tapi aku memang lucky sebab member2 satu tempat kerja pun datang dari macam2 negara macam Africa, Nigeria, Indonesia, Uganda, Pakistan, Philipines, India dan macam2 lagi. Diorang pun dah tau hobi aku ni. Memang aku majuk la kalau diorang tak beli. Hehe.


Ada gak aku usha2 fridge magnet dari pelbagai negara yang jual kat area2 sini tapi harga mark up seh. tak mampu den nak beli seketui yang mencecah RM30. Dah la aku ni kalau beli suka beli sampai 3 or 4. Bukan untuk aku sorang, nak bagi mak n kakak aku sama. Tapi sekarang ni cari punya cari, aku dah jumpa fridge magnet dari negara luar yang jual murah dan borong. harga memang bawah RM15. kat mana? nanti aku story morry k. sok insyallah jumpa pembekal tu. chiaw~


p/s : thanx for those yg support n bagi fridge magnet kat i. terharu mak ok~

06 July 2012

Africa mari..

Salam..

Arini cuti.. Buat overtime. tapi bole sampai pukul 2 je. so, aku pun bosan nak balik rumah. lagipun takde siape pun kat rumah. Then, aku pun dari office terus merempit ke Amcorp Mall. usha2 fridge magnet macam2 negara. Aku tengok kat sini ada 3 kedai yang jual macam2 negara. tapi ada 1 kedai yang jual semua dari Africa. Barang2 Arfica. aku tengok Fridge Magnet macam unik je. aku pun berkenan gak. tapi harga RM25. fikir2 balik membazir. tapi orang yang jual tu cakap untuk aku dia bagi diskaun.

Aku cakap aku fikir dulu. So, aku jalan p kedai yang lagi 2 tu. tapi harga average RM18-RM29.90. Mahal. Aku just cuci2 mata jela. sebab aku order Fridge Magnet dari Russia & Spain baru satu RM5. hehe

Then, fikir punya fikir. last2 pergi balik kedai Africa tu then beli satu Fridge Magnet. dapat RM15 je. setelah mengunakan segala jurus2 tawar menawar dapat la kurang RM10 dari harga asal.




lupa pulak. yang icon2 iphone tu aku beli satu RM0.50 Semua ni boleh dapat kat Ground Floor Amcorp Mall, Petaling Jaya.

that's all update for today ! chiaow~


15 June 2012

Present For HIM (Jeans Pencil Case)




Ni saja2 je. Mak aku nak buat jualan. So, aku paw kain jeans sikit and suruh mak aku jahit. Aku jahit tangan sikit je untuk kemaskan. Lepas tu tampal button and MU. Dia big fan MU, aku? Tak tau pape pun. Sokong pun tak. Hihi. Glad he like it. Thanx mum ! =)

p/s : LV itu hanya kotak ye uoolss.

09 June 2012

Cameron Highlands


Second trip holiday. Yeehaaa
Date : 09/06/12
KL – Tapah - Ringlet – Strawberry Farm - brincang – Tanah rata – Ladang The Boh (tak tau susunan sbb ikut je) hehe

Cameron sangat awesome. Aku first time pergi (I guess). Time kecik2 tak ingat pernah pegi ke tak. Dari KL meredah embun pagi sebab nak sampai pagi2 kat sana. Breakfast kat RnR Tapah. Jalan ke sana Ya Allah ampun, kalau aku ada lesen, aku surrender dulu la. Jalan macam ular bengkang bengkok.

Destinasi first pergi Strawberry farm, ingat boleh petik, rupanya kena tunggu 2 minggu lagi. Buah semua kecik2. So, just merasa ice cream strawberry dan beli strawberry 3 pak rm10. Jalan2 ada orang jual magnet satu rm4 dan satu rm3. Aku rembat 3 ketui kat kedai yang murah sikit rm3 satu.

Then teruskan perjalanan, sampai kat Tanah Rata or brincang aku tak ingat sangat, fridge magnet satu rm1. Macam hampeh. Gila kakak kat strawberry farm mark up harga. Tapi aku beli gak. Tak ingat berapa ketui. boleh bagi kat kakak and mak aku lebih sikit. Kat aku semestinya. Hehe

Kat Cameron tak beli pun baju. Aku just beli cactus, cherry tomato, French bean, tomato, fridge magnet dan bantal strawberry nanti pulang ke ipoh nak bagi mak aku. Dah turun baru memanjat kereta ke Landang BOH. Jalan ke lading ni lagi terbaek. Memang ni first and last p atas sana. Kitorang tak perasan signboard mention 5km lepas masuk simpang. Dah penat, so aku pun beli la teh peach, teh strawberry dan teh hijau. Semua tak rasa lagi, nanti nak pulang ke ipoh baru bukak. Sebab abah aku suka minum teh. So nak bagi dia merasa.












Okla, thats all about Cameron highlands. Di nasihatkan jgn pergi time holiday. Naik ke atas tu jammed dan survey la harga before beli ok.. :)

18 May 2012

Cupcakes


Bukan I buat uoolss.. ni kakak aku buat. Dia buat untuk jual kat opis dia gak. Ni dapat FREE.. tq sis ! :)

13 February 2012

Langkawi


Date : 10/02/12-11/02/12
Place : LCCT - Langkawi Airport - Pantai Cenang - Air  terjun Telaga 7 (air terjun yg kering) - Langkawi Cable car – Rabbit Farm – Pantai Pasir Hitam (kutip seashells) – Pekan Kuah (shopping time)  – Pantai Tengah (kutip seashells)  – Pantai Chenang (dinner Seafood) – Pekan Kuah (sambung shopping) – Langkawi Airport

Lama nya tak update blog. Nak bercerita pun semua kena summary. Hehe.
Ni la first destination naik flight. Tak penah den naik flight. Perasaan yg sangat teruja bcampur takut naik burung besi. Tapi alhamdullillah semua bjalan lancar.

Aku memang suka sangat aktiviti pantai. Tenang je. Jauh dari kesibukan kota. Cewah. Betulla aku dok kat KL. Pagi petang tak kira masa, jammed je. Nasib baik la aku ni naik motor. So nak bgerak tu senang sikit la.

Orait, back to Langkawi. First holiday selepas bkerja, tempat tiket Air Asia dekat setahun, kumpul duit kat tabung (almost rm600 ok). Sebab orang kata kalau tak menyimpan sampai bila2 pun tak kemana kan? So, tambah dengan duit gaji sikit dapat la beli2 souvenir kat family.

Overall, Langkawi best. Insyallah kalau diberi kesempatan nak bawak family jalan2 pulak.