.:Besh People:.

25 February 2011

Doa Mengatasi Kekecewaan

Salamz uoolls..
Korang pernah mengalami kekecewaan tak? macam putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri ke? mestilah pernah kan? sebab setiap hamba Allah yang Allah sayang akan di uji. pandai-pandai aku je buat conclusion kat sini aku nak kongsikan 1 doa yang berguna untuk kita mengatasi kekecewaan atau kehampahan terhadap sesuatu yang terjadi pada diri kita. contohnya macam korang nak lupakan ex-boyfriend or ex-girlfriend korang dengan meletakkan tapak tangan pada dahi atau dada korang kemudian baca la doa ni. Setelah selesai baca, korang gengam tangan korang, dan kemudian buat isyarat membuang. kira macam korang nak buang segala ingatan atau apa saja tentang orang tu yang menyakitkan hati korang. Insyallah dengan Izin Allah korang akan berasa lega lepas tu. hmm, ni ayatnya, kalau macam tak jelas gambarnya, korang boleh check Surah Ar-Ra'ad ayat 39.


Lepas tu korang bacala pulak doa pendekat jodoh ni. Insyallah cepat dapat penganti yang soleh or solehah gitu. aku pernah baca selalunya orang putus cinta ni mungkin sebab orang tu tak cukup baik untuk kita, tak pun sebaliknya. So, muhasabah diri. jangan cari salah orang. yang penting kita perbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik dari sebelum nye.

p/s : pictures taken from here.

Doa Elak di Fitnah

Salamz semua. hope semua sihat2 selalu.
lama aku rasa aku menyepi. padahal baru 2 hari. tu lah tulis blog pun boleh eddicted. bukan drug eddict ok So, kali ini aku nak kongsi pasal doa pulak sebab aku rasa segmen doa ni bagus untuk di share. bukan sebab hari ni hari jumaat. cuma aku rasa nak berkongsi ilmu agama tak semestinya tunggu penghulu hari kan? So, mari kita amalkan doa ni untuk mengelakkan fitnah dari orang-orang yang ada niat untuk memfitnah kita.


ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari siksa kubur, dari siksa neraka jahannam, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah dajjal.
p/s : doa diambil dari sini.

23 February 2011

Booked Flight Ticket to Langkawi

Salamz semua...
yay~ suka plus seronok ye kawan-kawan. buat julung kali nya aku bakal naik kapal terbang. First destinasi travel aku Langkawi. Mula-mula ingat nak pegi Singapore tapi fikir bajet nak buat pasport lagi plus tiket yang berharga RM5 tu cepat sangat habis harga promo. tiket International paling panas jualan nya.. bila aku refresh page je harga promo international flight dah hilang. tinggal harga biasa yang mahal. :-(

So, supaya tidak menghampakan hati, kekasih hati telah booked 2 tiket ke Langkawi. ye Langkawi. ramai jugak member-member yang vote kat facebook aku cakap pegi singapore lagi best. Tapi Langkawi aku rase ok what. ada pantai, chocolate murah, kain batik, minyak gamat dan yang paling penting aku support cuti-cuti Malaysia. siyes tak boleh blah aku ni

Harga tiket aku Rm15 je exclude airport charges and fees.. Sesiapa yang nak pegi bercuti dari september 2011 hingga Febuari 2012, pegi la check website airasia. ada banyak promo untuk domestic dan international yang bermula dari harga RM5. Airport charges & fees pulak dari RM5 sampai RM61. sangat murah ok. kalau korang travel naik bas atau tren pun still tak dapat semurah macam ni.

p/s : go holiday.. :)

21 February 2011

EMAS pelaburan masa depan


Salamz semua...
ade sihat kah arini..? kat sini aku nak berkongsi sedikit info yang aku rase sekarang ni menjadi kegilaan ramai muda mudi. tak lain tak bukan EMAS. kalau dulu kaum yang lebih cenderung dengan emas ni perempuan. ada orang cakap emas dan perempuan tak boleh dipisahkan. tapi sekarang ni aku tengok kaum lelaki pulak yang tak nak mengalah.

emas ni banyak kegunaan dan manfaatnye. kenapa kita perlu menyimpan emas? antara sebabnya adalah ia mempunyai nilai sepanjang zaman boleh digunakan walau di negara manapun korang pergi. Emas adalah kekayaan sebenar yang seharusnya kita pegang dimana ia tidak boleh dimanipulasikan dan adalah aset yang terunggul. Berbeza pula dengan mata wang kertas dimana mata wang kertas sentiasa jatuh didalam jangka masa panjang. Untuk pengetahuan korang, mengikut kajian kes wang kertas bukanlah menyimpanan kekayaan yang terbaik, kenapa? kerana ia adalah hanya sekeping kertas yang dicetak dan hanya boleh digunakan setelah kerajaan memberi nilai penggunaan wang kertas tersebut. Selain itu duit kertas sangat mudah dimusnahkan. cuba korang bakar duit kertas tu? lepas terbakar ada nilai tak? lain la emas kalau terbakar dia cair tapi tetap ada nilai dan bila korang jual tetap ada harga. betul tak?

Harga emas akan meningkat dalam jangka masa yang panjang. Jika kamu tahu pada tahun 90-an harga segram emas 916 adalah RM30/gram. Harga Emas 916 pada tahun 2001 adalah sebanyak RM43/gram dan kini harga segram emas 916 approximate RM160/gram. Banyak tak beza? dan kalau korang masih lagi ragu-ragu dan tunggu harga jatuh seperti harga pada tahun 90-an tak tahulah sampai bila korang boleh beli. Nasihat aku belilah sekarang kalau harga naik pun dia akan naik lagi, tak rugi pun.

Sejak 5 tahun kebelakangan ini harga emas meningkat sebanyak 250%, Namun kesedaran rakyat Malaysia tentang pelaburan emas masih rendah. ASB pula sekitar 8% je setahun. Pulangan daripada pelaburan Emas adalah jauh lebih tinggi.

Mata wang kertas pula nilainya akan jatuh dalam jangka masa panjang.Wang kertas merupakan penyimpanan nilai yang lemah. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan. Untuk sesiapa yang ingin membeli emas sila ke website publicgold pilihlah emas yang korang nak beli samada gold bar 20g, 50g, 100g dan 1kg atau syiling emas seberat 50g dan semua itu mempunyai ketulenan emas iaitu 999.9. Nak check harga semasa emas pun boleh. untuk mendapatkan dinar emas sila ke website publicdinar. korang boleh pilih samada 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar. Berat 1 dinar adalah 4.25g dengan ketulenan emas iaitu 916. mempunyai certificate dan resit pembelian bagi sesiapa yang mahu membeli emas public gold sahaja.

So, kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi

Jamil Zaman (dealer 1Malaysia)
Authorised Public Gold Dealer (A4304)
H/P: 019-3899267
Email: Jamil_man87@yahoo.com
Facebook Jamil Zaman

p/s : Incik BF pun beli emas dekat beliau..

So, save in gold, before its too late :)

18 February 2011

I’ve Got the Power with Sucker Punch

Sucker Punch

I’ve Got the Power with Sucker Punch...

I will cooperate with babydoll and her team. As everyone know, Babydoll (Emily Browning) attitude that does not give up easily will get us good as a team. While Rocket (Jena Malone), very outspoken will always make our relationship based on honesty. Other than that, with coorperation from the street-smart Blondie (Vanessa Hudgens), all plan of escape will be as easy as a b c. Beside that, the bad people will not underestimate us as girl power that too girlish because we have the fiercely loyal Amber (Jamie Chung) and the reluctant Sweet Pea (Abbie Cornish) will make us sweet but not to be underestimated!


For all the nuffnangers, feel free to take part in this contest.. details at nuffnang website!
65 lucky Nuffnangers and their guests will have the opportunity to watch Sucker Punch 2 days before its official premiere in Malaysia! details screening...

Date: 22 March 2011 (Tuesday)
Time: 9 pm
Venue: GSC 1 Utama

So, good luck to all nuffnangers that taking part ! :)

Tips elak tangan mengelembung akibat melecur.


Salamz uollss...
ye kawan-kawan.. angkara homemade popcorn ku.. jari telunjuk sebelah kiri saya pun macam nak "pop" jer.. nak meletup mengelembung di sebabkan kena karemel panas.. tapi semangat aku begitu menebal nak rase popcorn buatan sediri. nasib baik popcorn nye menjadi. sesiapa nak resepi boleh klik kat sini.

Selain dari jari ku ade "pop", ada lagi angkara lain, popcorn berterabur kat dapur bila jagung kering start pecah. So, terpaksa la aku mengemas dapur tadi.
lagi satu, periuk pun kena sental sebab berjelaga sikit akibat dari panaskan jagung kering nak buat popcorn.

tips supaya jari tak mengelembung kalau kena benda-benda panas. ni kawan aku Doctor-to-be Cik Affa yang bagi..

next time kalau jari or apa-apa anggota badan korang kena benda panas atau melecur, letak bahagian yang melecur tadi bawah air selama 2minit. Jangan air sejuk sangat dan jangan air panas pulak. air paip biasa je. Pastu jangan letak ais. Insyallah nanti tak akan mengelembung macam jari aku ni..