.:Besh People:.

17 November 2011

Fridge Magnet (cool icon)

Salam.. halu halu
pagi ni aku nak share dengan korang macam mana nak buat fridge magnet a.k.a magnet peti ais guna icon yang cool-cool gitu..

Bahan-bahan
-gambar, simbol
-cardboard
-selefon tape
-pisau
-gunting
-magnet

mula-mula korang kumpul la icon-icon atau gambar-gambar menarik. aku google je. lepas tu print gambar tu. korang boleh gak amik gambar dari majalah atau newspaper.




Then, korang potong cardboard sama saiz dengan simbol tadi. gam kan sekali




untuk kemasan korang cover simbol-simbol tadi dengan selefon tape, korang boleh gak laminate (betul ke aku eja?) . tapi aku bajet, so guna selefon tape sudah.




Then, korang potong magnet ikut saiz yang korang inginkan.




Lekat dekat belakang simbol-simbol tadi.




Dah siap. enjoy~!


p/s: magnet boleh tengok dekat entry ni.

16 November 2011

Happy Feet 2

Salam..
Baru lepas tengok Happy Feet 2 in 3D.
FREE movie given by The Star.
aku tak tengok pun yang 1st, terus tengok number 2. hehe
Nak jadikan cerita, bf aku datang apartment aku before maghrib, dia solat kat surau sini,
lepas magrib terus gerak.
dia yang hebat jalan-jalan kat KL (yela orang damansara kan) terus ambil short cut sebab nak sampai Times Square sebelum 8pm untuk collect tickets.
tapi silap jalan, patah balik. lepas tu ikut jalan biasa.
Bila sampai times square dah dekat 7.45pm. pergi tingkat 3, sebab GSC ada dekat situ.
bila tanya staff kat situ dia cakap ticket FREE bukan kat situ. kat tingkat 10. kat GSC Maxx. Aduh... tunggu lift lagi..
bila sampai tingkat 10, dah panjang dah Q.
Nasib kami baik, sebab The Star bagi 80 pairs free dan kami pair yang ke 80. hehe


Besar kot hall kat GSC Maxx ni. dah macam Lecture Hall aku tengok.
Movie Happy Feet 2 ni tak ada la best sangat.
tapi lawak la jugak.
setakat nak release tention boleh la.

p/s: thanx B, dapat tengok FREE. hehe

08 November 2011

Fridge Magnet (keyboard)

Salamz..
kali ni aku nak share buat keyboard fridge magnet. lama dah teringin nak buat. tapi nak cari bahan2nye makan masa seminggu ok.
1st thing korang perlu ade mestila keyboard. carila keyboard yang dah tak guna. macam aku senang je. aku beli keyboard kat kedai kitar semula. tak sampai rm5 pun. :)



Then, korang bukak la keyboard 2.. ceraikan hurufnye..

For hygiene purpose, dinasihatkan cuci dan rendam button2 keyboard tadi dalam air sabun.

dah sedia? ni bahan2 nak buat magnet fridge ni.
Magnet
gergaji
keyboard
gunting
gam tembak

mula2 gergaji dulu lebihan belakang button keyboard. guna cutter pun boleh. ikut kretiviti masing2 la.

ni magnet yg aku beli dari kedai hardware kat Mid valley. kat Ace Hardware. RM12.90 untuk 10 kaki.

Magnet ni lembut. korang boleh potong guna gunting je. :) korang potong ikut saiz button keyboard.
Lepas tu korang boleh la gam kan dekat belakang button keyboard tu.
Magnet ni memang dah siap gam tapi macam tak kuat sangat.

Dah siap. senang je. Ak tak lekat kat peti ais lagi. rumah sewa ak tak ade peti ais lagi. :-(
Selamat mencuba !