.:Besh People:.

15 June 2012

Present For HIM (Jeans Pencil Case)




Ni saja2 je. Mak aku nak buat jualan. So, aku paw kain jeans sikit and suruh mak aku jahit. Aku jahit tangan sikit je untuk kemaskan. Lepas tu tampal button and MU. Dia big fan MU, aku? Tak tau pape pun. Sokong pun tak. Hihi. Glad he like it. Thanx mum ! =)

p/s : LV itu hanya kotak ye uoolss.

09 June 2012

Cameron Highlands


Second trip holiday. Yeehaaa
Date : 09/06/12
KL – Tapah - Ringlet – Strawberry Farm - brincang – Tanah rata – Ladang The Boh (tak tau susunan sbb ikut je) hehe

Cameron sangat awesome. Aku first time pergi (I guess). Time kecik2 tak ingat pernah pegi ke tak. Dari KL meredah embun pagi sebab nak sampai pagi2 kat sana. Breakfast kat RnR Tapah. Jalan ke sana Ya Allah ampun, kalau aku ada lesen, aku surrender dulu la. Jalan macam ular bengkang bengkok.

Destinasi first pergi Strawberry farm, ingat boleh petik, rupanya kena tunggu 2 minggu lagi. Buah semua kecik2. So, just merasa ice cream strawberry dan beli strawberry 3 pak rm10. Jalan2 ada orang jual magnet satu rm4 dan satu rm3. Aku rembat 3 ketui kat kedai yang murah sikit rm3 satu.

Then teruskan perjalanan, sampai kat Tanah Rata or brincang aku tak ingat sangat, fridge magnet satu rm1. Macam hampeh. Gila kakak kat strawberry farm mark up harga. Tapi aku beli gak. Tak ingat berapa ketui. boleh bagi kat kakak and mak aku lebih sikit. Kat aku semestinya. Hehe

Kat Cameron tak beli pun baju. Aku just beli cactus, cherry tomato, French bean, tomato, fridge magnet dan bantal strawberry nanti pulang ke ipoh nak bagi mak aku. Dah turun baru memanjat kereta ke Landang BOH. Jalan ke lading ni lagi terbaek. Memang ni first and last p atas sana. Kitorang tak perasan signboard mention 5km lepas masuk simpang. Dah penat, so aku pun beli la teh peach, teh strawberry dan teh hijau. Semua tak rasa lagi, nanti nak pulang ke ipoh baru bukak. Sebab abah aku suka minum teh. So nak bagi dia merasa.












Okla, thats all about Cameron highlands. Di nasihatkan jgn pergi time holiday. Naik ke atas tu jammed dan survey la harga before beli ok.. :)

18 May 2012

Cupcakes


Bukan I buat uoolss.. ni kakak aku buat. Dia buat untuk jual kat opis dia gak. Ni dapat FREE.. tq sis ! :)

13 February 2012

Langkawi


Date : 10/02/12-11/02/12
Place : LCCT - Langkawi Airport - Pantai Cenang - Air  terjun Telaga 7 (air terjun yg kering) - Langkawi Cable car – Rabbit Farm – Pantai Pasir Hitam (kutip seashells) – Pekan Kuah (shopping time)  – Pantai Tengah (kutip seashells)  – Pantai Chenang (dinner Seafood) – Pekan Kuah (sambung shopping) – Langkawi Airport

Lama nya tak update blog. Nak bercerita pun semua kena summary. Hehe.
Ni la first destination naik flight. Tak penah den naik flight. Perasaan yg sangat teruja bcampur takut naik burung besi. Tapi alhamdullillah semua bjalan lancar.

Aku memang suka sangat aktiviti pantai. Tenang je. Jauh dari kesibukan kota. Cewah. Betulla aku dok kat KL. Pagi petang tak kira masa, jammed je. Nasib baik la aku ni naik motor. So nak bgerak tu senang sikit la.

Orait, back to Langkawi. First holiday selepas bkerja, tempat tiket Air Asia dekat setahun, kumpul duit kat tabung (almost rm600 ok). Sebab orang kata kalau tak menyimpan sampai bila2 pun tak kemana kan? So, tambah dengan duit gaji sikit dapat la beli2 souvenir kat family.

Overall, Langkawi best. Insyallah kalau diberi kesempatan nak bawak family jalan2 pulak.















29 January 2012

Beg Silang Jeans

Salamz..
halu2.. ada sihat kah semua orang?
hmm, kali ni aku nak kongsi DIY buat beg silang dari jeans pulak. tahun lepas aku pernah share pasal jeans handbeg, ni nak share pasal beg silang pulak. senang je. sebab aku design mak aku yang baik hati tolong jahit. hehe. tq mak ~

ni la hasil nye. best. macam2 aku sumbat dalam tu p kerja. ramai gak yang cakap macam beg beli. tak payah beli. mahal kot. korang selongkar je almari korang. tengok seluar jeans lama2 yang tak pakai tu buat beg. at least korang buat sumthing yang berfaedah. kan3?


aku letak selendang yang aku lama tak pakai, dah tak ok sangat actually selendang tu sebagai penyeri bag. korang boleh gak letak tali pinggang or reben. ikut kreativiti masing2.
Lastly, Happy DIY. :)

28 January 2012

Seashells Decorations & Fridge Magnet Seashells


p/s : habis tudung periuk mak aku. ngeh3
Salamz semua. lama tak berkongsi DIY. ni aku buat masa balik Ipoh aritu. buat sama2 dengan adik aku yang baru 8tahun. tapi dia banyak tengok je. pastu order tulis nama dia. hehe

Seashells ni aku kutip masa pergi Pantai Morib bulan lepas. aku beli permenent marker, manik bunga & wiggle eyes untuk decoration. Lupa pulak nak share 1 tips. untuk buat fridge magnet, kalau cangkerang korang tu melengkung & kosong macam ni korang boleh fill kan dengan plaster dinding a.k.a simen putih. senang je.

1. mula2 bancuh simen putih 2 macam korang nak buat pancake or cair cket dari nak buat cucur.
2. pastu terbalik kan cangkerang, isikan sampai penuh ke permukaan. kalo melimpah cket pun takpe sebab nanti bila kering dia padat ke bawah.
3. pastu (before simen tu mengeras) korang campak2 je magnet


benda ni amik masa 2-3 jam untuk mgeras. walaupun lambat nak tau hasil nya. tapi berbaloi you oollls.. hihi


ni antara hasilnya. Ada aku bagi kat cousin, adik aku, mak & bagi kakak aku. dorang ni pun peminat fridge magnet gak. :)
Selain dari fridge magnet. aku buat decoration cket. ni teddy bear. sekarang kat aku dah tinggal 1 je. mak aku pau satu. nak bagi kakak aku 1.

ni pulak ulat ke cacing. aku pun tak tau. ehh, cacing ade mata ke? oklah, aku tukar la. ni ular. hehe

ni plak aku just letak mata kat dalam nye.
p/s : jumaat ni nak pergi langkawi. boleh kutip seashells lagi. yay~!