.:Besh People:.

17 November 2010

Homemade Marshmellow

1st of all, thanx 2 Cik Nolly yg sudi share2 resepi marshmellow ni kat blog n myresepi pnye website. tenkiu sgt2.. sgt2 menjadi n smpai x cukup nk bwk bekalan blk KL. almaklumla kt umah aku kat Ipoh ni ramai sgt kanak2 riang. hehe. okla. di sbb kan kwn ak, si Nolly
ni x kedekut, ak pun dgn rela hati share2 resepi ni kat sini.. sng je u ollss..
cekidau~

Bahan-bahan ( 300g )
3/4 cawan air
2 cawan gula
3 sb gelatin
2/3 cawan corn syrup or golden syrup
1 sb essen vanila
Pewarna

Cara- Cara
1. Masukkan 1/2 cawan air dan serbuk gelatin di dalam mangkuk besar. Biarkan selama 10 minit supaya gelatin larut di dalam air.

2. Masukkan 1/4 cawan air, gula dan golden syrup ke dalam periuk. Panaskan kesemua bahan sehingga mendidih atau suhu mencapai 120 darjah celcius.

3. Pukul gelatin dengan mixer sambil tuang perlahan2 air gula. Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan likat serta naik 2 kali ganda. Anggaran masa selama 15-20 min. Pastikan adunan betul2 pekat dan likat untuk mendapatkan hasil yang bagus.

p/s : abaikan adik aku yg x sbr2 nk mkn marshmellow 2 ok.. :P

4. Masukkan essen vanila dan juga sedikit pewarna yang disukai.
5. Gris kan baking pan, dan taburkan sedikit gula icing.
6. Tuangkan adunan di dalam baking pan. Biarkan marshmallow membeku selama 12 jam, atau masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Kemudian, potong mengikut saiz yang di ingini.

7. Marshmallow boleh disimpan didalam bekas kedap udara supaya lebih tahan lama.

ni kali ke 2 buat. kasi gempak cket ngn corak2 gitu..

Tips : Taburkan gula halus semasa memotong marshmallow supaya tidak melekat.

p/s : owh...ak dpanggil Cikgu Marshmellow plak.. hehe.. sifu Nolly tQ bebyk !


2 comments:

Post a Comment