.:Besh People:.

06 November 2010

Rambut Oh Rambut

Hallu semua.. mari dekat, mari dekat.. ni bukan Shila Rusli k. ni Shela anak Mohd Noor. Hehe.. hmm,ak dgn pemurah hati n rajin nye telah mengoggle tips2 penjagaan rambut. Lgpn sng gak bg ak pasni x pyh goggle dh. Tgk kt blog sdr sudeh~
Well sume pn tau rambut merupekan asset yg pntg bg seseorang x kira la laki, ppuan or dot dot dot (u know who).. so, tips yg ak nk share mudah nk d sediakan, bahan pn tradisional n murah plus sng d dapati. Hmm, x gune ckp byk..meh tgk kat bwh ni...

TIPS MELEBATKAN RAMBUT
1. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.

2. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan smpai hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu


3. Ambil daun bunga raya yang bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu

4. Ambil santan pastu embunkan selama satu malam. Then,panaskan santan td sampai keluar minyak. Pastu, ambil minyak sapu atas kepala. Biarkan beberapa minit, cuci rambut dgn shampoo. Amalkan 2 kali seminggu.


5. Ambil sekepal nasi n ½ biji limau nipis rendamkan bsama secawan air n sebuku garam. Embunkan 1 mlm. Then perahkan limau nipis bsama bahan yg d embunkan td. Pastu basuh rambut dgn air campuran td. Biarkan selama 3jam. Then, bilas ngn air bersih.


TIPS PENJAGAAN RAMBUT BAGI WANITA BERTUDUNG
1. Pastikn rambut dkeringkan tlebih dulu sblm pakai tudung. Kalo x nnt rambut akan bmasalah seperti bkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau n rasa x selesa seperti pening kepala.

2. Mase keringkn rambut dgn tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali n biarkan ia kering sendiri. Ingat ye, jangan gosok tlalu kasar!

3. Untuk mengembalikan kesegaran rambut bg yg btudung, letakkn santan kelapa d atas rambut. Biarkan ia seketika n ia lebih bkesan jika dibalut dgn tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dgn air bersih n basuh rambut dgn mgunakan syampu yg sesuai. Untuk kesan yg terbaik, amalkn cara ini seminggu sekali.


4. Sewaktu x mgenakan tudung, sikatlah rambut n elakkn drpd x terurus. Secara x langsung ia akan mmastikan akar rambut n kulit kepala mdapat pengudaraan yg secukupnya.

5. Gunakan air sejuk ketika mbasuh rambut utk kesegaran kulit kepala yg optimum.

6. Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tp jgn la plak biar x trurus. Agak-agak lah yer. Kalo selalu sangat sikat rambut, boleh menyebabkan kulit kepala mjadi panas n mhasilkan minyak yg blebihan. pastu, jgn sikat rambut terlalu kasar. Belailah rambut seperti mana korg syg kat diri sdr.

7. Elakkan memakai skaf atau cekak rambut tlalu ketat. pastikn ada pgaliran udara yg masuk so dat x tperap n mudah berbau.

RAMBUT HITAM BERKILAT
1. Ambil 2 cawan pati santan, 2 batang daun lidah buaya, 5 helai daun pandan n sebiji kuning telur. Kisar daun pandan bsama daun lidah buaya n ambil airnya. Campurkn kuning telur n kacau sebati. Sapukan d kepala smbil mgurut kepala selama 5 minit. Then, balut kepala dgn tuala bersih selama 10 minit. Cuci dengan air bersih. Utk rambut bkelemumur tambahkn sedikit perahan air limau purut.

2. Ambil segenggam kelapa yg baru diparut. Mse mandi, kelapa td digosok rata2 pd bahagian rambut. Amalkan selalu.

3. Bersihkn biji betik n jemur smpai kering. Gorengkn tanpa minyak smpai hangus. Then, tumbuk smpai lumat. Letakkn sedikit air. Sebelum mgunaknnya, bersihkn rambut n keringkn. Selain itu, sapukn bahan td pd rambut tanpa syampoo.

4. Ramas beberapa helai daun limau purut n bunga raya dgn sedikit air, tapis airnya n lumurkan pd rambut. Di samping mberi keharuman pd rambut, ia juga menyejukkan kepala.

Hmm, tp kalo rambut sume dh cantik kalo berkelemumur x besh gak kan? sbb kelemumur ni bt kulit kepala gatal n juga mgotorkan rambut. So, tips ni plg ak suke. :)

TIPS MENGELAKKAN RAMBUT BERKELEMUMUR
1. Selepas cuci rambut, lumurkan dgn beberapa potong limau nipis. Biarkan 15minit. Then cuci dgn air bersih. Ni dpt hilangkan kelemumur plus rambut jd licin n bsinar.

2. Kisah 3 btg serai n 2 biji limau nipis smpai lumat. Then, tapis n amik patinye. Sapu pd seluruh rambut mcm bsampoo. Gosok rata2 n biarkan selama 15minit. Bilas dgn air bersih.

3. Rendam halba n kcng hijau selama stgh jam. Then tumbuk smpai hancur. Campurkan ked lm santan pekat n sapukan pd rambut. Biarkan 15minit sblm d bilas ngn air bersih. Lakukan 2 mgu sekali.

p/s: pe lg penat ak dok bg tips ni.. kne amalkan. then kite tgk kesan nye. tp mak ak ckp org yg ad penyakit darah tgi x elok dgn serai2 ni. So, org yg ad sakit darah tgi abaikan tips yg mgunakn serai k.. Selamat mcuba !

No comments:

Post a Comment