.:Besh People:.

16 July 2012

Pulau Pangkor Day 1

Salam,
sihat ke? aku bercuti di pangkor 2 hari 1 malam. pagi2 ari isnin dalam pukul 6:30pg dah gerak dari KL. Perjalanan makan masa 4jam sebab jammed sikit area sungai buloh dan berhenti breakfast kat RnR. Sampai kat Jeti Lumut around 10:30am. mostly kawasan sini parking berkupon. tapi memikirkan nak tinggal kereta lama, kitorang (me n bf) decide parking kat kawasan berbumbung. kira macam parking bertingkat la. sejam pertama free. next hour/s RM0.30. memang murah la.

Then, gerak ke jeti lumut. beli tiket feri. tiket pergi balik dalam RM10. kalau korang memang tak plan penginapan or transport kat pangkor, jangan risau kat kaunter tiket macam2 offer kakak ni bagi. sewa moto RM30 dan rate bilik pun ade. tapi memandang kan aku dah survey dan blogwalking aku rase sewa moto boleh dapat lagi murah dari tu. So, aku bo layan je offer kakak tu. bilik plak memang dah tempah siap kat kawan bf.

Feri pukul 11:15pg, dalam 25minit sampai. Feri ni berhenti 2 perhentian. So, jangan nak memandai turun kalau semua orang tak turun ok. Kalau tak jadi macam kitorang. hehe

Bagi orang yang tak tempat transport awal2, kalau korang kuar dari jeti pangkor, beratur orang offer sewa moto, package round2 pulau dan macam2 lagi. Aku terus pergi office dan kitorang dapat sewa moto sehari lebih dengan harga RM25. siap ada minyak lagi dalam moto tu. oh, ya cakap pasal minyak. kat pangkor mahal 15sen/seliter dari semenanjung.

Lepas dah dapat moto, kitaorang terus memecut ke Teluk Nipah sebab stay kat resort sana. jalan kat pangkor ni semua nya 10%. kalau tak biasa bawak baik turun dari moto dan tolak je. ni la yang terjadi kat kami waktu 1st naik. tapi bila dah kali ke 2 naik dah expert dah. :)

Sampai bilik, mandi, solat, rest,makan. then gerak ke Fu Lin Kung Temple. Kat sini ade miniature Tembok Besar China, ada ikan besar dan yang penting sekali fridge magnet, keychain dan souvenir2 lain kat sini paling murah kalau nak dibanding kan dekat tempat2 lain kat pangkor. aku rembat fridge magnet dan keychain untuk hadiah kat family dan sempat jugak merembat duit bf aku untuk fridge magnet. hehe. bukan selalu kan??
dah janji dgn uncle ni letak gambar dia dalam blog. :P

p/s : fridge magnet kecik dan keychain 7 RM10. kalau rubber fridge magnet 3 RM10.

Then, destinasi ke 2. Kami p kilang Satay Hai Seng Hen. Kat sini korang boleh beli borong ikan kering, ikan bilis, satay2, sotong.macam2 hasil laut yang dah diproses. aku beli sikit barang memandang kan kakak aku order dan ade jugak aku beli nak bagi family pak ndak dan family aku.


Destinasi ke 3, kami ke town. saje usha2 souvenir tapi. mahal. just jalan cuci mata je.


Next, kitorang pulang ke resort, solat asar sbb aku terlupa buat jamak, then g terjun ke laut. ombak sangat la kuat. tapi best. air jernih, pantai bersih. bersih sampai seashells pun takde. tak dapat kumpul banyak seashells. (T_T)

Di sebabkan hujan, malam kami just makan seafood kat area teluk nipah. makanan kat pangkor kalau nak compare dengan harga KL, kat pangkor lagi mahal. Kami order ikan kerapu bakar, udang 3 rasa n sayur campur. makanan sedap cuma harga agak mahal sikit la. tp perut bkeroncong ana, kami bedal tanpa banyak bicara. hehe :P

penat..kenyang..masa untuk tito dan kumpul tenaga untuk esok. gudnight.. :P


No comments:

Post a Comment