.:Besh People:.

22 January 2011

Aku Tak Mahu Kawan Seperti Itu...

Aku Tak Mahu Kawan Seperti Itu
yang tahu memerintah bila perlu
yang marah-marah tanpa segan silu

Aku Tak Mahu Kawan Seperti Itu
yang menunjuk dengan hartanya
yang membeli pamerkan kekayaannya

Aku Tak Mahu Kawan Seperti Itu
bila senang waktu bersama
bila sedih aku sendirian saja

Aku Tak Mahu Kawan Seperti Itu
yang berbicara mendabik dada
bila bercakap dia yang betul saja

Aku Tak Mahu Kawan Seperti Itu
gelak tawanya memecah suasana
cakap bak pemerintah dunia

Aku Tak Mahu Kawan Seperti Itu
yang tahu hukum dunia
yang arif akan ajaranNya
tapi tidak mempraktikkannya

Aku Tak Mahu Kawan Seperti Itu
kerana aku tahu
aku lebih baik tanpa kamu!

2 comments:

Anonymous said...

saye suke!!!!!!!!!!!!!
kamu tak perlu kawan seperti itu. kamu ada aku. biar aku susah, aku senang, bersama kamu, aku ikut cara kamu. oh, tak apa kau singkir manusia seperti itu, kerana wujud dia pun tiada menyenangkan kamu. cume melempar batu pada hati sayu. jd jgn sedih tiada dia lagi dlm lingkungan sahabatmu. sbb sahabat itu insan yang tiada menilai luarmu. tiada pula tiada menanam rasa kurang pada diri kamu. dan saye syg kamu :-)

sHeLaBeSh said...

tQ affa..
at 1st mnmg ak sedih. tp fikir blk better xde kawan dr ade kwn mcm 2 kan.
thanx 4 being such a good3 fren of mine!:)
Sy Sayang Kamu juga!

Post a Comment